Nov 24, 2012

Kisah benar | Logik seorang kanak²

A berumur 4 tahun & B adalah ayahnya.

A ternampak sesuatu.

A: Papa, gapo ni? [Papa, apa ni?]
B: Siput babi

A merenung siput babi itu yang hanya nampak cengkerangnya sahaja, 'tuannya' tak ada.

A: Mano babi dio tok tubik pn pa? [Mana babi dia tak keluar pun papa?]
B: Mano ado babi, meme namo dio siput babi. [Mana ada babi, memang nama dia siput babi]
A: Ho la mano babi dio tok tubik pun? [Yela mana babi dia tak keluar pun?]

T_________________T

*A adalah anak saudara saya yang comel lagi bijak. Lebih kurang macam tu la dialognya. Hihihi....

Nov 5, 2012

E-DAY | Review Pelamin

Ok dah dapat gambar dari OP. Moh buat review sket. Untuk pengetahuan (kalau nak tau la), majlis pertunangan ni semuanya DIY. Pelamin, hantaran, baju, makanan, doorgifts. Ikut plan asal nak buat simple tapi bila dapat kat my sis & sis-in-law, hah hambekk. Takde simple mana lah. Huu memang terhutang budi sangat dengan kakak² & abang² yang banyak membantu. Ok let's start! Review ringkas saje..

Idea pelamin datang dari gambar di bawah. Nampak tak bunga besar kat belah kiri & kanan tu? Haa kebetulan kat rumah abang ada bunga lebih kurang camtu so konon nak buat camtu la. Touch up punya touch up lain terus jadinya. Haha apa pon bolehh... Warna tema pun disebabkan bunga tu. Kalau ikutkan taknak pun buat warna merah & pink tapi bunga yang ada warna merah so layankan jela, nak jimat punya pasal. Kuikui..

So inilah hasilnya....
Mula² pasang tirai kat belakang tu. Tirai tu dipinjam dari mak mertua abang. Lepas tengok gambar baru perasan, patutnya pasang lebih banyak tirai. I mean tambah lebar dia, sebab kiri kanan tu nampak dinding kan?

Bola² bergayutan kat atas tu (paper lantern nama dia kalau taktau) asalnya bulat kosong je kan? Haa masa pegi jalan² kat Nilai, nampak kat 1 kedai tu dia hias lantern tu. Tampal² riben, rama-rama etc.. Sangat cantik, so apa lagi tiru la. My sis-in-law yang buatkan. Bertuah sangat ada kakak ipar yang kreatif & baik hati. :) Dah siap tu mula la sesi menggantungkannya. Masa pasang tu nampak ok, cantik je. Lepas tengok gambar baru nampak. Alamaakk tinggi sangat pulak lantern tu & kebanyakan gambar tak nampak pun lantern tu sebab tinggi. My mom asyik cakap, sayangnya tak nampak bola² tu. Huu....

Kerusi tu memang dah sedia ada. Kebetulan my mom baru beli beberapa bulan lepas so manfaatkan apa yang ada. Hee.. Bantal² tu dah ada 2 biji, beli topup lagi 2 biji. RM15 je sebiji. Yang bergayutan warna merah kat tirai tu RM18 satu, ambik 3 je cukup.

Bunga kat belakang tu sebenarnya bunga telur. Masa tu dah start bz, lost kejap. Taktau apa yang berlaku, tiba² bunga tu dah ada kat belakang tu. Taktau kenapa. Haha tapi bagus jugak, takla kosong belakang tu.

Last sekali baru letak bunga besar di kiri & kanan tu sebab kena angkut dari rumah abang. Hihi.. Oh lagi 1, kat bawah (tak nampak dalam gambar ni, boleh tengok dalam entry lepas ni kalau ada) ada carpet yang dibeli di Nilai. Harganya RM180.


Kalau dikira tambah tolak darab bahagi, memang jimat daripada ambik pakej di mana² bridal. Pakej paling murah RM500, melayang camtu je duit. DIY ni walaupun habis jugak beratus tapi barang² tu boleh guna lepas tu. Betul tak? Hehe..

Overall I am so happy & satisfied with the outcome! Big thanks terutama sekali kepada my sis-in-law, bro-in-law, big sister & big brother. Pelamin ni terhasil atas susah payah & kerja keras diorang. I did nothing really. Semoga Allah membalas jasa baik mereka, aamiiiiiin.....

*Lebih banyak gambar menyusul dalam entry seterusnya.....