Friday 24/5/2013
Public holiday. Tengah hari gerak ke rumah kakak di Senawang. Family semua dah berkumpul kat situ. Kami gerak lambat sebab pagi tu baru nak pack barang etc. Kakak, abang, Papa asyik call tanya bila nak datang. Huu ampun.... Sampai je rumah kakak Ma dah siap masakkan nasi ayam feveretku, tinggal nak goreng ayam je. Weehoo terima kasih Ma penat datang dari jauh, kena masak lak untuk memenuhi kekempunan anakmu ini. No one's better than you, no love is greater than yours. :')
Lebih kurang pukul 7 malam gerak ke Melaka untuk akad nikah sedaraku yg juga member suamiku. Akad nikah lepas Isyak. Sebelum akad nikah, makan dulu. Nasi lemak, dessert & ada kambing panggang. Aku tak excited pun sbb aku tak suka kambing. Heks.. Pak Imam a.k.a Tok Kadi pulak lambat. Dahla lambat, tengah bersesak & berpanas kat dalam rumah tu tunggu nak akad nikah, boleh pulak dia tertinggal buku apa ntah kat rumah. Tungguuuuuu lah pulak dia balik lambat. Jenuh menunggu, akhirnya selamatlah jugak diijabkabulkan alhamdulillah. Dek kerana dah lewat, kami terus chow. Tak tunggu dah acara seterusnya. Dengarnya ada berarak dengan pengantin diusung dll. Kami tak peduli dah, terus ke Umbai untuk makan ikan bakar. Sepupu & abang aku dah tunggu kat sana. Tapi aku tak makan pun, takde selera.
Malam tu kami stay kat homestay yg disewa oleh sepupuku sebab suami aku dah tak larat nak drive, esok nak kena datang lagi pastu nak pegi Johor plak. Abang balik rumah kakak kt Senawang.
Saturday 25/5/2013
Dalam pukul 11 pagi gerak ke rumah pengantin untuk majlis persandingan. Memang penuh adat istiadat. Dahla panas membahang, penat la berjemur. Incik suami la kesian sebab pegang dulang, memang takleh escape la. Aku boleh la jugak lari berteduh jap. Huu sabor jelah.
Lepas makan & ambik gambar jap, dalam pukul 2.30 pm terus gerak ke Teluk Buih. Ingatkan 2-3 jam je, rupanya 5 jam!!! Krem b*nt*t wey.. Bila sampai mmg aku sgt kecewa. Bagi aku it's not worth the journey. Macam kampung nelayan je. =.= Masa tu family, pakcik makcik sepupu sepapat suami aku tengah mancing. Tak dapat ikan pun. Memandangkan dah kepenatan yg amat, kami lepak jap & terus ke bilik. Nasib baik bilik ok. Terubat la sikit kekecewaan aku ni. Balkoni pun mengadap laut (laut ke? pape jelah).
Malam tu kami 1 family dinner kat luar. Makan tomyam, siakap 3 rasa, telur dadar & kangkung (kot? lupa dah). Not bad la makanannya. Restoran apa aku pun dah tak ingat.
Lepas balik makan, aku & suami lepak suwit suwit tepi pantai. Bestnyee dgn bunyi ombak & pemandangan yg sangat menenangkan. Aku dah mula rasa happy. Rasa penat tadi dah hilang. Huu...
Sunday 26/6/2013
Konon nak turun awal, nak tengok sunrise & bajet kami lah yg paling awal turun. Padahal orang lain dah siap mandi, the sun pun dah rise tinggi mana dah. Pfft... Tengok jela diorg mandi & ada yg mancing. Bila air dah mula pasang, semua naik. Breakfast kat resort tu. Oh lupa, nama resort tu Fishing Bay Resort. Lepas breakfast, join kanak-kanak mandi kolam & mandi laut jap tapi air dia tak best. Macam kotor je.
Itu jela aktivitinya, pastu siap siaga untuk balik. On the way balik singgah beli keropok lekor dll. Keropok lekor dia sekali tengok macam keropok lekor Terengganu tapi rasa jauh panggang dari api. Haha tapi ramai gila orang beli, mungkin orang yg tertipu macam aku kot or diorang tak pernah rasa keropok Terengganu. Hiks..
Sampai rumah dekat Maghrib, tapau sate Willy. Malam tu family aku singgah, makan sate reramai. Seronok walaupun penat yg amat.
Sejujurnya kalau diberi pilihan, aku taknak dah pegi Teluk Buih tu. Tak berbaloi dgn perjalanan yg memenatkan. Huu.....