Oct 10, 2011

Oh lah cuti~


Hai kawan-kawan~


Fuhh cuti sem baru seminggu tapi dah mula terasa kebusanan tahap chimpanzee. Hadoii tulunlah.. Masa blaja rasa nak cuti, time cuti rasa nak balik kolej. Memang dasar manusia, tak pernah puas hati. Isk tp seriously bosan gile kot cuti. Kalaulah diberi pilihan, I'd rather choose short but frequent breaks than long but seldom. 


Kat rumah ni ada Ma, Papa, adik, abg & wife tapi kalau weekdays tinggal la adik & kakak ipar je. Tapi alhamdulillah ada anak buah 2 orang, Adam & Aryan datang everyday. Selalu diorang akan dihantar ke rumah babysitter diorg tapi setiap kali BB cuti BB mintak untuk jaga diorg sebab BB sgt sukakan budak-budak, lagipun bosan kat rumah.


Setiap kali cuti mesti menghitung hari tak saba tunggu weekend. Weekend kurangla sket bosan sebab Ma, Papa & abang ada. Hmm kenapa la weekend 2 hari je, kalau 5 hari kan bagus, hari-hari lagi bagus. T_T


Tapi dalam kebusanan terselit juga kerisauan. Kerisauan menanti result exam + kerisauan tentang kehidupan baru di JB nanti selama setahun utk praktikal. Isk.. Tak sanggup rasanya nak lalui hidup macam orang yg dh bekerja. Pegi pagi, balik lewat petang. Malam tido. Hari-hari rutin camtu kecuali weekend. Cuti pun takde, tak macam masa belajar. Sehari ada berapa kelas je, kekadang langsung takde. Bole keluar jenjalan, shopping, tengok muvi etc.. Cuti pun banyak compared to keje. Hwaaaa tak sanggup tak sanggup!! Nak belajar je taknak keje tapi nak gaji, bole tak? Isk..


Ok merapu. Daa~



Oct 9, 2011

Teka-teki Imam Ghazali


Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya:

Imam Ghazali: "Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?"

Murid 1: "Orang tua"
Murid 2: "Guru"
Murid 3: "Teman"
Murid 4: "Kaum kerabat"

Imam Ghazali: "Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran: 185)."

Imam Ghazali: "Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?"

Murid 1: "Negeri Cina"
Murid 2: "Bulan"
Murid 3: "Matahari"
Murid 4: "Bintang-bintang"

Iman Ghazali: "Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun keadaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama."

Imam Ghazali: "Apa yang paling besar di dunia ini?"

Murid 1: "Gunung"
Murid 2: "Matahari"
Murid 3: "Bumi"

Imam Ghazali: "Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

IMAM GHAZALI: "Apa yang paling berat di dunia?"

Murid 1: "Baja"
Murid 2: "Besi"
Murid 3: "Gajah"

Imam Ghazali: "Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."

Imam Ghazali: "Apa yang paling ringan di dunia ini?"

Murid 1: "Kapas"
Murid 2: "Angin"
Murid 3: "Debu"
Murid 4: "Daun-daun"

Imam Ghazali: "Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat."

Imam Ghazali: "Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?"

Murid-murid dengan serentak menjawab, "Pedang."

Imam Ghazali: "Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri."

Wallahualam...

Source: FB Note

Oct 6, 2011

Hari Hari Terakhir~


AMARAN: Entry ini mengandungi banyak gambar! =D

Hola! Salam semua.. BB dh kat rumah! Sedihnya rasa nak tinggalkan Melaka yang penuh memori. Jom BB cite kenangan hari-hari terakhir ktorg kt Melaka.

Jumaat 30/9/2011
Abes exam 11.30 a.m then ada briefing jap pasal praktikal, petang kua tengok movie cite Dream House, best gak cite tu sebab very unexpected. Dah abes tengok muvi pusing Melaka Mall sampai pening. Hee.. Malam balik dgn gumbiranya.

Sabtu 1/10/2011
Keluar lagi, photoshoot kt A Famosa then pegi Dataran Pahlawan, Mahkota Parade & sekitarnya. Main bowling, karaoke & jenjalan. Sampai tengah malam, hujan lebat. Alhamdulillah ada teksi. Pukul 2 a.m sampai hostel. Ngee~






Bowling time!


Ahad - Isnin 2-3/10/2011
It was the best day! Ktorg buat keje gile yg menyeronokkan! Hihi ktorg sewa kete pegi A Famosa Water World, main air sampai pening lalat. Hihi.. Dalam pukul 6 p.m kot sampai hostel & rehat jap. Dalam pukul 9.30-10 p.m gerak ke rumah classmate makan-makan, borak-borak and so on then pukul 12 lebih gerak ke city. Plan asal nak tengok late night muvi tapi sebab macam dah lewat & sume pun dah penat & berpotensi utk tido dalam cinema so tuka plan, jalan sambil berphotoshoot around the city sampai pukul 3 a.m then pegi minum & makan roti canai di sebuah kedai yg tak dapat dipastikan namanya before ke surau sebab ada yang keluar awal tak sempat solat Isyak.









Selesai solat Isyak terus gerak ke Pantai Puteri, nak tengok sunrise kununnye. Rupanya sunrise bukan belah pantai. Isk takpelah posing lah jugak kan. Heheh.. Dah puas posing balik hostel, breakfast sambil tunggu toke datang amek kete then balik hostel tidooo... Yes! We didn't sleep the whole day & nite! Hihih kesian driver a.k.a our Tiong Man, org lain at least dapat gak curik curik tido dalam kete, Incik Tiong Man lgsg tak dapat ngelat. We are all proud of you! *wink wink*

Then petang pegi port peberet ktorg, Mydin MITC! Makan, jenjalan & karok. The best thing about Mydin yg buat ktorg rasa berat hati sgt nk tinggal adalah kerana tudung-tudungnya yg very up-to-date & harga berpatutan. Duk Melaka 2 tahun, bertimbun koleksi tudung ktorg. Hihihi... Balik dalam pukul 11 p.m kot then tido dgn lenanya.






Selasa 4/10/2011
Sorang demi sorang balik kampung, tinggal lah ktorg 7 orang je. Jalan kaki sama-sama ke another peberet port ktorg, Tasik Ayer Keroh. Lunch kat sana utk terakhir kali. Then balik pack barang, lebih kurang pukul 6 p.m gerak ke Melaka Sentral. Pukul 8 p.m bas gerak. Babai Melaka~

Rabu 5/10/2011
Alhamdulillah selamat tiba di kampung halaman. Bukak FB macam-macam post yg memilukan hati dari classmates. Till we meet again for more fun stories, kids! ;)


Sep 30, 2011

Bye Melaka penuh sejarah~



Woot woot salam kepada pembaca kalau ada. Hehe BB baru abes exam OYEAAHH I feel good~ Walaupun soalan semua susah tahap apa ntah (pdhal study tak cukup) + kesihatan yg tak menentu tapi alhamdulillah semua dah lepas, tawakal jelah dgn apa yg bakal dapat nanti. Next sem dah start praktikal kat JB selama setahun, nebesnya... Hopefully semua berjalan lancar, I'll be missing Melaka. *sobsob*


Ok masa utk enjoy!! Layan gamess yg pelbagai then kua jenjalan, lepak dulu 2-3 hari sebelum balik kampung. Nanti mungkin tak datang Melaka lagi dah. *sobsob* Melaka best serius tak tipu. Happening & banyak tempat utk dikunjungi. I love Melaka! Kalau semua YB macam Dato' Ali Rustam kan best. ;)


Ok dah papai~


P/S: Once again kpd yg sudi follow thanx a bunch, nanti BB balik kampung BB follow balik setakat termampu oke (ceh macam byk nor je =.=). Anyway thanx again, lapiu ols~! Ok telebih sudah~

Sep 10, 2011

Oh my love~!


Tetibe rasa nak update belog sbb terover hepi. Hihih.. Amaran! Entry ini mungkin mengandungi kandungan romantis yg boleh mengundang nausea di kalangan pembaca. ;p


This week was deng stressful with lots of work & tests & I really wished Mr Chipmunk would come to see me. I knew we do have chemistry hehe. Dia datang! Memula dia cakap baru kua nak pegi jalan-jalan. Bila tanya pegi mana, dia cakap kawan dia buat open house. Ok I was invited too but couldn't make it. But then he told me that he wasn't going, he was going to see his sweetheart in Melaka. Oh gosh I was like YEAYYY!!


Macam biasa lah, taktau nak pegi mana. Plan asal nak ke JJ AEON tapi tersesat sampai ke Dataran Pahlawan (DP) pulak so layan jelah, tengok muvi cite Contagion yg tak best huu then pusing dalam Hatten Square & DP sampai sesat dalam tu cari tempat makan. Tengok map pun sesat aiyooo salah orang yg buat map! Hahaha... Lastly kami decided untuk makan kt luar je. So makan kt sebuah restoran yg tak pasti namanya & I don't care, yg penting makanan & minuman memuaskan mulut & perut. Ngee kami makan nasi putih + ikan siakap 3 rasa + tomyam campur + sotong masak merah + kangkung goreng & minum nescafe ais + jus tembikai & tapau sate for my housemates.


Walaupun Mr Chipmunk berkemungkinan besar tak bukak pun my blog nih tp nak ucap terima kasih gak kt sini for ur time, driving from & back to KL just to see me. I really appreciate it. And also for the Samsung earphones & telekung from Indonesia & the meal. And the biggest thanks for your love & care. I am really really grateful to have you, you mean the world to me! ;)
You are the best!


Sep 8, 2011

Set me free!!


Woot woot salam kepada sesiapa yg membaca kalau ada. ;p


BB nak mintak ampun & maaf kepada sesiapa yg mengunjungi blog BB especially for those yg follow, thanx a lot tp buat masa sekarang BB tak dapat nak bw + follow balik sebab final exam lg 1 week plus + internet kt rumah takde hwaaaa...!! Lepas exam BB jalan-jalan blog korg oke! 


For those yg akan menduduki exam macam BB, gudlak! We can do it! And we'll be free like birds! Hee telebey sudah.. Takotnye nak praktikal next sem selama setaun. Oke bai~ ;D



Sep 2, 2011

Raya tahun ni best ke?

Assalamualaikum semua.. Fuhh dah lama tak hapdet belog nih. 2 hari sebelum raya BB balik kampung, raya pertama baru balik beraya kat rumah. Busy lah kununnya beraya ke sana sini. Raya tahun ni rasa kurang best sket lah sebab kakak & abang-abang semua beraya di rumah mertua diorg so BB & adik je yang balik kampung. Memang bosan sangat. *sobsob* Sepupu sepapat ramai tapi semua kecik lagi. Masa kat kampung tu rasa tak sabar nak balik rumah. Huu...

Raya kat rumah best sebab abang sekeluarga ada, dapat main ngan anak buah memang best sangat. Abang yang baru kawen bulan 6 aritu pun tengah tunggu kelahiran baby pertama bulan 3 ni, tak sabar rasanya. Seronok ada anak buah, macam anak sendiri. Ngee~

Semalam buat open house, Mr Chipmunk datang yeayy!! Lama gak la dia & membe lepak sebab tunggu lagi sorg membe tak kunjung tiba. Heheh then ktorg pegi shopping kat Pengkalan Kubor meredah terik mentari. Hukhuk.. Ramai betol orang.

Hari ni sunyi sepi. Pagi tadi Ma, Papa & abang sekeluarga pegi Kuantan ada kenduri kat sana. BB tak ikot sebab nanti dah nak balik Melaka. BB ingatkan bas 3hb tapi rupanya kawan BB cakap 4hb. Hwaaa kalau tak BB ikot diorg pegi Kuantan tadi. Hwaa hwaaa hwaaaa.... Takpelah nak wat cane kan.... *sobsob* Ok nak nanges jap. Daa~
Raya @ kampung
Raya di rumah pakcik
(Bersama pakcik sekeluarga)
Masih mengantok -.-