Aug 28, 2011

Law Ka Na Bainana

Salam semua. Sahur tak? Hehe biasanya ramai yang awal-awal je semangat bangun sahur, penghujung ni semua dah liat nak bangun. Kenapa ek? Jawab sendiri. http://matcuoi.com


Tadi lepas sahur sementara tunggu Subuh, abang BB bukak TV tengok bola then dia tukar channel. Bukak TV Alhijrah. Rasanya ni first time kot BB tgk Alhijrah, almaklumlah duk hostel katakan. Malas nak pegi bilik TV walaupun ada Astro dengan aircond bagai. Lepas habis rancangan Ihya' Ramadhan, ada 1 lagu Arab best sangat so BB layan jela sebelum tukar channel. Tup tup rupanya lagu tu lagu tema untuk rancangan Law Ka Na Bainana. http://matcuoi.com Memula tengok kat info memang no idea lah rancangan apa sebab tak belajar bahasa Arab. Isk..


Alhamdulillah tergerak hati untuk stay kt channel tu. Memang rancangan tu sangat best sampai taknak berganjak dari depan TV. Serius. Kepada sesiapa yg belum pernah dengar atau tengok, rancangan tu sebenarnya rancangan realiti dakwah kt negara Arab yang bertujuan mendidik masyarakat Arab mencontohi akhlak Rasulullah s.a.w.


BB sangat kagum dengan diorg dari segi penghayatan Islam diorg. Bila hos sebut 'Rasulullah' je diorg memang akan berselawat dengan kuat (tak macam kita, selawat dalam hati kononnya). And rancangan tu memang berjaya buat BB rasa nak nangis, bergenang dah tapi control sebab abang ada. http://matcuoi.com Masa tu hos tu tanya seorang hamba Allah ni, apa yang dia akan cakap kalau Rasulullah s.a.w ada kat depan dia masa tu. Orang tu macam tergamam & dia cakap dia akan cium tangan & kaki Rasulullah then dia menangis. BB masa tu pun membayangkan benda sama & memang rasa nak nangis. http://matcuoi.com


Lagi 1 situasi, kt sebuah kedai ada sorang budak lelaki datang nak beli something la tapi masa tu ada orang tua datang & si penjual tadi mendahulukan orang tua tu. Budak tu tak puas hati then hos & budak tu pegi jumpa penjual tu & terangkan la pada penjual tu. Dalam situasi tu sebenarnya nak bagitau betapa Rasulullah s.a.w kasihkan kanak-kanak & tak suka orang yang menzalimi kanak-kanak tapi yg buat BB sebak tu bila hos tu tanya penjual tu apa dia akan buat kalau Rasulullah s.a.w ada kat depan dia. Penjual tu cakap dia akan tinggalkan semua kerja & segera bersolat sebab dia kata dia tak pernah solat. Masa tu nampak kekesalan di wajah penjual tu then hos tu bagi sebuah buku kt penjual tu.


Another situation, hos sendiri menangis bila dia menceritakan kisah Rasulullah s.a.w kepada seorang hamba Allah dalam masjid. Kisah tu tentang betapa Rasulullah s.a.w sedih & kecewa bila tengok ada kesan ludah pada dinding masjid lalu datang seorang wanita membersihkan kotoran tu & diletakkan wangian kat situ & Rasulullah s.a.w berkata maksudnya, "Alangkah cantiknya." Masa tu hos melawat sebuah masjid yang memang sangat cantik & moden, 5 bintang punya masjid. Hos tu bgtau org tu kalau Rasulullah s.a.w masih ada, tentu Baginda akan berkata, "Alangkah cantiknya."


BB rasa rancangan tu sangat memberikan kesan tapi kalau nak buat kt negara kita ni memang agak payah kot tapi tak mustahil. Kalau korang belum tengok, boleh search je kt YouTube oke. Sama-sama kita amek iktibar & perbaiki diri insyaAllah. http://matcuoi.com

Untuk full video lagu tema klik sini. Kualiti video tak berapa bagus tapi tu je video full yg BB jumpa. Sound ok by the way.


Untuk download MP3 klik sini. First time upload MP3, kalau tak jadi bgtau eh. =.=

30 Hari Mencari Cinta #27 | Omnomnom



Sahur Tak ingat bole tak? =.=
Berbuka Home-made nasi kerabu + Ayam, daging & ikan pari bakar + Murtabak + Karipap


Alhamdulillah dah sempurna hari ke-27. Tinggal 3 hari je lagi sebelum Ramadhan meninggalkan kita. Semoga segala amal ibadat kita sepanjang bulan Ramadhan ni diterima Allah & semoga Ramadhan kali ni tak berlalu dgn sia-sia. Walaupun sikit, harap ada perubahan positif dalam diri kita insyaAllah.


Hari ni another hepi yippie day sebab dapat makan nasi kerabu Ma buat, memang terbaeekk.. Plus abang 1 family datang berbuka sama lagi, memang meriah dengan kehadiran budak comel 2 orang tuh. Hihih.. Alhamdulillah syukur tak terhingga dikurniakan keluarga yang bahagia + rezeki yg melimpah ruah. A happy family is worth much more than billions of penny. 

Aug 27, 2011

30 Hari Mencari Cinta #26 | Syukur



Sahur Nasi putih + Sotong rebus/singgang + Ayam percik + Nescafe panas
Berbuka Home-made nasi ayam + Somtam + Kerang rebus + Murtabak + Popia kering & basah + Kuih akok + Buah tanjung + Tembikai + Air tebu + Teh ais


Alhamdulillah dikurniakan rezeki melimpah ruah + 1 big family berkumpul, memang seronok sangat. Dapat menikmati nasi ayam hasil air tangan Ma, memang the best in the world lah! Ditambah dengan gelagat si comel Adam yang tak henti berceloteh & Aryan yang tak dok diam memang menghiburkan hati. Tak sabar nak ada anak sendiri. Lalala~ http://matcuoi.com


Tak sabar nak tengok baju raya yang dijangka siap esok. Lusa nak balik kampung dah. Macam biasa, sehari or 2 hari sebelum raya balik kampung then petang raya pertama balik rumah. Dulu masa arwah atok & nenek belah ayah masih ada, 2 hari raya kat kampung then raya kedua baru balik rumah. Hmm semoga arwah atok & nenek bahagia di sana. Aamiiiin... http://matcuoi.com


So mungkin ni entry terakhir sebelum raya. Dalam kesibukan & keseronokan membuat persiapan raya, jangan abaikan keistimewaan bulan Ramadhan. Manfaatkan sepenuhnya hingga ke penghujung oke, rajinkan & kuatkan diri untuk bangun malam & solat sunat. Mintak apa yang nak mintak, insyaAllah dimakbulkan especially ampun. Semoga dengan berkat bulan yang mulia ni, taubat kita diterima Allah & mulakan hidup baru yang lebih baik dari yang sebelumnya, insyaAllah. 


Seingat BB seorang Ustaz pernah cakap, maksud Eidulfitri tu sendiri adalah kembali kepada fitrah. Fitrah kita suci kan, macam kain putih so janganlah kita kotorkan balik sesudah kita menyucikan. http://matcuoi.com InsyaAllah sama-sama berusaha yang terbaik. 


Selamat Hari Raya Aidilfitri to all. Mintak ampun & maaf atas segala salah & silap. http://matcuoi.com  

Terima kasih ya Allah kerana mengurniakan kami kesihatan & umur yang panjang untuk kami sempurnakan ibadah di bulan yang mulia ini. Semoga kami diberi kesempatan untuk bertemu lagi bulan yang penuh rahmat ini. Aamiiin...

Aug 26, 2011

30 Hari Mencari Cinta #25 | Yumm!



Sahur Bihun sup + Teh ais
Berbuka Nasi putih + Ayam & Ikan percik + Sotong singgang/rebus + Sotong masak merah + Nescafe o ais + Kuih akok + Karipap


Yeayy berbuka kt rumah! Alhamdulillah seronok sangat dapat berbuka kat rumah dgn Ma & Papa serta abang & his wife yg tengah alah teruk sbb pregnant. Hihih kesian... Pagi tadi sampai lewat, 12 jam dalam bas. Adoyaii seksa nyah.. Oklah tengah excited sangat nih, taktau dh nk cite apa. Esok adik lak sampai dari Perak. Hopefully anak sedaraku yg cumil, si Adam & Aryan datang esok. Ngee~

30 Hari Mencari Cinta #24 | Balik kampung yeayy!


Sahur Nasi putih + Gulai telur + Milo panas
Berbuka Ayam Kenny Roger's + + Fries + Air mineral


Pagi ada kelas, seb baek lecturer tak mengajar pun. Kalau mengajar memang sia-sia jela. Rasanya semua tinggal jasad je kot kat situ. Hihih.. After Zuhur pegi stesen bas letak beg yg sangat banyak. Tup tup bole pulak tempat simpan beg tutup, apa lagi nak shopping punya pasal gamble jela taruk sume beg kt surau. Then pegi shopping sampai lebih kurang pukul 6. BB beli seluar je pun, dari hari tu nak beli seluar. And alhamdulillah beg ktorg sume selamat. =)


Memandangkan bas pukul 8 malam, so tak sempat nak berbuka. Tapau je ayam Kenny Roger's seketul & beli air mineral. Lepas solat Maghrib, naik bas & makan kt dalam bas. Layan je. Heheh.. And the journey began! =D

Aug 24, 2011

30 Hari Mencari Cinta #23 | Oh test!



Sahur Nasi putih + Telur dadar + Milo panas
Berbuka Nasi tomato beserta lauk pauknya + Jus oren + Pisang


Malam sebelumnya tak tido sebab pagi ada test. Eh tido, dalam setengah jam cmtu kot. Fuhh lepas kelas memang lena lah tido. Semangatnya study? Yela exam pun dh dekat pastu hari ni ada test, bole lak keluar shopping kan so 'reward'nya hambek! Dahla lecturer tu dh personally meletakkan harapan yg tinggi supaya BB dapat A+ utk subjek dia. Wow wow wow I can't promise but I'll do my best. Semoga Allah permudahkan, aamiiiin...


Oh hari ni berbuka free, kolej buat majlis berbuka. Alhamdulillah tapi kesian kt member yg datang lambat, ayam dh abes. Hmm dugaan bulan puasa kan, sabar jelah. 


Malam tido dgn awalnya then terjaga sebab sejuk sangat sangat sangat. Memang luar biasa punya sejuk sampai menggigil macam nak demam. Selimut la di jemuran sebab esok dh nak balik kn so apa lagi, pakai sweater & mengerekot jelah kt atas katil tu. 


Sehari lagi & I'll be home yeayy!

30 Hari Mencari Cinta #22 | Yeayy!



Sahur Nasi putih + Ayam masak merah + Milo panas
Berbuka Nasi dagang + Ikan tongkol + Ayam ala KFC + Teh ais + Kuih akok


Internet takde pulak. Isk.. Yg penting berjaya memiliki sandal & inner yg menjadi igauan! ;p Alhamdulillah. Kebetulan ada kawan nak keluar, tumpanglah sekali. Seronok sangat! Tak sabar nak beraya dgn sandal baru yg gojes itu. Hihih..