Alhamdulillah dah hampir 3 minggu bergelar isteri. Nikmat yang tak ternilai. Setelah mengenali hati budi for more than 4 years, kami sah sebagai suami isteri. Sebagai manusia normal, semestinya aku mengharapkan cinta antara kami terus utuh & rumah tangga yang kami bina berkekalan hingga ke syurga.
Dalam tempoh kurang lebih 3 bulan tempoh pertunangan, alhamdulillah hubungan kami takde masalah. Cuma kami diduga dengan dugaan paling besar bagi aku & tak mungkin aku lupakan. Benda tu berlaku 2 bulan before my wedding, macam² perkara negatif bermain di fikiran masa tu. Menangis, meratap tak payah cakap la. Tapi alhamdulillah Allah kurniakan ibu bapa, adik beradik & tunang (ketika itu) serta keluarganya yang kuat & banyak memberi sokongan.
AL-KISAH TRAGEDI
Benda tu berlaku pada 21.12.12, tarikh kiamat kononnya. Pada tarikh tu jugak aku sepatutnya ke rumah kakak aku di Seremban untuk membeli barang persiapan wedding aku. Barang pun dah siap pack. Bas pukul 8 malam tak silap aku. Memang petang² boleh dikatakan dah jadi rutin aku sediakan minum petang so petang tu lepas siap pack barang, aku ke dapur untuk goreng nugget. Bila aku ke stove, aku perasan suis/control knob dia tu tak completely off tapi aku langsung tak terfikir something horrible would happen. Just when I pressed the knob api besar terus menyambar sampaikan kabinet kat bawah terbukak & periuk kat sebelah melambung.
Aku terus menjerit dan berlari ke ruang TV di mana family aku sedang tengok TV. Masa tu terasa sangat panas & pedih pada muka, kaki & tangan tapi kesannya tak nampak sangat kecuali rambut & kening aku yang ketara. Rambut dah kerinting², kening dah takde, bulu mata pun dh kontot. Papa terus peluk aku & tak henti sebut "Masya Allah.. Masya Allah.." tapi diorang ingat aku tak pape. Bila aku terus menangis & tak boleh berdiri sebab sakit yang teramat barulah diorang bawak aku ke hospital.
Dah lumrah kat Emergency Room tu ramai orang kan so terpaksa la aku menunggu. Itu pun orang tu dah berusaha percepatkan. Masa menunggu tu Allah je tau betapa seksanya aku menahan kesakitan. Lama² kulit aku mula merah². Then MA basahkan bandage dengan sodium chloride & letak kat kulit aku yang terbakar. Rasa sejuk tapi still sakit so MA tu inject pain killer. Aku taktaula ubat apa yang dicucuk, terus aku rasa pening & rasa sakit pun hilang. Memang pening sangat sampaikan aku terpaksa dipimpin oleh Ma (my mom) untuk keluar dari bilik tu. Doctor suggest aku masuk wad tapi Ma & aku tak setuju sebab susah nanti. Doctor tu cakap ok cuma keesokannya aku kena pergi hospital lagi untuk diorang cuci. Kesan ubat tu memang kuat. Balik rumah aku terus tido tak sedarkan diri. Huu...
Hm kalau nak cerita memang panjang, ni pun dah terlebih panjang so setakat tu jelah. Tapi ceritanya macam tu la. Dugaan tu sangat besar bagi aku. Redha itu memang mudah dilafazkan tapi sukar diikhlaskan dalam hati tapi aku terus muhasabah diri & berdoa. Alhamdulillah kemurungan aku tak berlarutan & alhamdulillah kulit aku beransur pulih. Wedding aku jugak berjalan lancar seperti dirancang.
Di sebalik ujian tu, aku bersyukur sebab dengan ujian tu aku nampak keikhlasan suami aku menerima aku seadanya. Walaupun masa tu muka aku buruk sampai aku sendiri tak ingin tengok muka aku di cermin, anak sedara aku takut tengok aku tapi si dia datang melawat aku bersama keluarganya & tetap tenang serta tak putus² memberi aku sokongan. Syukur pada-Mu ya Allah atas kehadirannya dalam hidup aku & terima kasih Sayang atas ketulusan hati Sayang selama ni menerima B seadanya. Semoga hubungan kita diberkati Allah & kekal bahagia hingga ke syurga.
Sekian, terima kasih.
*Lesson of the story: Pastikan anda tutup dapur gas dengan sempurna.
*Tragedi ni hanya diketahui family & saudara mara terdekat, kawan aku sorang pun taktau kecuali diorang baca entry ni. That pretty much explains the title.
6 otobots membebel:
nak tengok kesetiaan pasangan kita tym2 susah macam tu la kan kak...syukur ada suami yang sayangkan akak...=D
nice and comell. hehe
follow me yaa?
kak wani izyan baru je baca. serius sedih. dah fully recover ke? takpe nampak dah keikhlasan mangmee. semoga berkekalan hingga hujung nafas
la.. kesiannye.. tapi takpe semua dah berjalan lancar..
=)
la.. kesiannye.. tapi takpe semua dah berjalan lancar..
=)
Post a Comment