Showing posts with label in-laws. Show all posts
Showing posts with label in-laws. Show all posts

May 22, 2013

Al kisah konvokesyenku | Part II

Sebab masa tu dah panas terik, perut pun dah berkeroncong & kualiti gambar di studio UiTM & kawasan sekitarnya diragui kualitinya, Ummi mencadangkan kami ke studio berhampiran rumah kami di Kajang yg terjamin kualitinya. So jubah belum dipulangkan & scroll juga belum dituntut. Kita makan dulu! Di Restoran Qaseh, banyak lauk kat situ. Aku suka sebab ada ikan bakar. Hee...

Malam tu pegi la ambik gambar kat studio tu, tak ingatla full name kedai tu apa. Yg aku ingat Tokyo je. Dah setel posing, Abah nak belanja makan sebab dapat ANC. Tapi memandangkan masa tu dah nak dekat pukul 10, kami makan KFC jela yg kebetulan ada dekat situ. Hihi KFC pun boleh. Melepas Nando's. Oops.. :p

Penat...

Keesokannya pegi Shah Alam lagi utk pulangkan jubah & ambik scroll & juga gambar. Sebelum ke UiTM singgah kat taman dekat situ jap, outdoor photoshoot katanya. Hiks.. Pastu sesat dalam UiTM cari DATC tak jumpa. Entah brapa kali pusing. Hihi pastu kena jalan & panjat tangga pulak. Adoiii merungut je kau bah... :D

Dah setel, terus menuju ke Senawang rumah kakakku. Konon nak melawat abang ipar yg tak sihat tapi sempat jugak order makan dgn akak. Mintak dia masak nasi ayam macam Ma masak OR laksa penang OR makaroni bakar (iye baked macaroni). Memula agak kecewa bila akak cakap nasi ayam takde sebab pepagi lg Ibu (mom-in-law kakak) dah masak kari. Emm takpelah.. Tapi bila tengok ada laksa penang & baked macaroni rasa WAHHHH sgt terharu... Kak, you are the best sista on the planet lah! Sedaaap.... Nasi pulak ada ikan bakar dengan air asam & kuah kicap, ada ayam masak merah selain kari yg Ibu masak. Aku makan banyakkkk yg amat. Puas hati. Pastu tapau pulak laksa & macaroni tu. Hihi seronokk sangat. Ni melawat orang sakit ke melahap?? Hihi sambil menyelam minum air orang cakap.

Perut dah kenyang, badan penat, memang mengantuk yg tak tertahan. Sampai rumah je terus 'pengsan'. Sampai ke esoknya rasa penat & ngantok lagi. Pfft... Tapi alhamdulillah syukur atas segala nikmat-Mu ya Allah.


*Syukur sihat walafiat sepanjang konvokesyen. Takde loya, pening dll. Ibu mengandung faham faham jela, kesihatan tak menentu.
* Yg aku geram, aku dah membazirkan RM200+ beli kasut utk konvo. Dahla macam kasut keje, kaler coklat takde saiz terpaksa beli kaler hitam. Dah penat cari + kesuntukan masa beli lah jugak. Kalau ku tau boleh pakai wedges.... Haihh nasib baik guna voucher AEON tapi still... Grrr.....

Taktau kenapa gambar ni nampak macam aku pregnant 5 bulan =.=


May 21, 2013

Al kisah konvokesyenku | Part I

Alhamdulillah selesai sudah konvokesyen. Walaupun berat hati nak pegi a.k.a malas tapi telah dipaksa oleh Incik Hubby, in the end aku rasa berterima kasih jugaklah pada Incik Hubby atas paksaan itu kerana ianya memang precious moment untuk diabadikan.

Oklah mari kita mulakan perjalanan. Bangun seawal 5.30 pagi. Woohoo... Bajet nak gerak pukul 6 tapi biasa la manusia merancang. ;p Bersiap-siapan, dekat 6.30 baru keluar. Dah keluar kawasan taman, alamak IC tertinggal dalam wristlet! Fiuuu patah balik. Singgah Petronas nak beli roti, oops belum bukak. Ke 7E lah kita beli roti & air kotak sorang satu, aku, Hubby & Ummi (mom-in-law).

Sampai UiTM Shah Alam dalam 7.30 kot. Lebih kurang la. Parking jauhnya....kena panjat tangga lagi. Sabor jela. Dengan ramai orang, beratur naik tangga. Pintu masuk pulak sekecik keciknya, sorang je muat. Apa pun tak bleh... Huhu.. Dah masuk perkarangan Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) berdiri pulak menunggu dipanggil masuk. Incik Suami bole pulak tertinggal lense camera dalam kete, terpaksa la menggagahkan diri meredah orang ramai, tangga & mentari pagi yang tengah bersinar tu patah balik ke kereta. Sabar eh Sayang...

Pukul 8.30 pagi masuk tapi belum masuk dalam dewan lagi. Beratur ikut nombor kat luar dewan. Kitorang punya nombor 900 ke atas, aku 922. Sampai ke bawah, turun tangga & pusiiiiiing. Fuh jauh bebenor. Tu pun last minute baru jumpa, nasib baik tanya orang yg jaga tu.

Tung tang tung tang selesai la terima scroll. Tak sangka dapat pakai selempang sebab dapat Anugerah Naib Canselor (ANC). Alaa diploma je, tak payah nak bangga sangatlah. Orang lain degree dapat ANC, haa tu baru boleh bangga. Lepas ambik scroll tu aku diminta cecepat ambik beg sebab ada sesi bergambar dengan Naib Canselor untuk yg dapat ANC.

Setel. Keluar DATC dengan Hubby, nampak mertua sekeluarga. Wow semua datang! Ingatkan Ummi, Abah & adik yg bongsu je datang. Rupanya abang & adik lg sorang pun datang, masing-masing pegang bunga so dapat 3 jambak bunga. Yuhuuu terharu sangat & rasa bersalah pun ada menyusahkan diorang datang pastu terpaksa pulak berjemur di bawah terik mentari. Pastu apa lagi ambik gambar la. Memula dengan famili pastu dengan kengkawan yg datang.

Jubah tak pulang lagi sebab............. dan ada something yg aku gerammm sangat!! Di entry seterusnya di sini. Poyo tak? Terima kasih. Entry ni dah panjang la...

*Walaupun famili sendiri tak datang aku takdela rasa terkilan ke apa pun. Bersyukur jugak Ma & Papa tak datang, kalau tak kesian Papa yg tak berapa sihat nak kena jalan jauh, panjat tangga lagi, berpanas pulak tu. Nanti convo degree akan ku kerah mereka untuk datang. InsyaAllah kalau ada rezeki.... :)


My backbone :)
In-laws
Partners in crime
Yuhuuu