May 1, 2012

Quick update!

Pheww lamanya tak update blog. Kemalasan yg amat.

Sekarang 'bertugas' di Farmasi Pesakit Luar (OPD) yg tersangatlah busy, hari² macam nak pengsan. But it's fun selagi takde manusia merosakkan mood. Contohnya, orang yg suruh kita buat keje dia then nak marah² bila kita lambat sikit. Heloooo you are paid to do that & I'm just helping. Tak payah nak poyo sangatlah kan~ T_T

Untuk menghilangkan kepenatan & tekanan jiwa yg dialami, last weekend kami ke City Square. Tengok The Avengers yg tersangatlah awesome! Oh I love Tony Stark a.k.a Ironman.. Tak payah review lah sebab ramai yg dah tengok pun & so far takde lagi yg cakap tak best. Masa nak beli tiket pun mak aiii panjangnya barisan nasional. Nasib baik ada banyak slot.

Sebelum layan muvi yg ohsem tu kami melahap di Seoul Garden. Memanglah sodap kan tapi sayang sebab rush sikit, tu pun masuk panggung lewat 15 minit. Dua kali keluar masuk sebab ada orang ambik seat kami. Pfft...

The next day pulak keluar pegi Plaza Angsana. Itu boleh dikatakan satu kemestian setiap minggu. Pegi lunch & bernasib baik ada blood donation! Nasiblah baru lepas makan & orang yg jaga pun tak tengok masa timbang berat. So lepaslah.. Hihi I like~ Lepas donate blood to rasa ngantok yg amat (taktaula ada kaitan ke tak ;p) tapi sempat lagi layan karaoke. Then balik, solat terus 'pengsan' kat ruang tamu depan TV. =.=

Look at the crowd. Ramai lagi belah sana. Phew~
Ready to ngap!
Self-made ABC aiskrim ;p
Yay sukses!

Feb 26, 2012

Alkisah di kedai buku

Alhamdulillah berjaya menghabiskan baucer buku RM200. Terima kasih kepada yang memberi. Semalam kami berenam (6 orang ye, bukan berenang) ke City Square (CS) untuk shopping buku & apa yang patut dengan baucer tu. Baucer tu baru dapat last week. Tu pun bernasib baik ada lecturer kebetulan nak datang melawat kami kat sini so mintak tolong dia bawak sekali baucer tu so tak payahla kami nak ke Melaka. Jimaaaat.... =D

Sebelum ni tak pernah pun shopping buku. Pegi shopping complex tak pernah terlintas pun nak jenguk kedai buku. Ish ish ish... Semalam baru terasa kepeningan nak memilih buku & lagi pening nak menggenapkan so that total RM200 supaya tak membazir, end up kena tambah duit. Pfft...

Di sebalik kepenatan & kesibukan cari buku tu ada insiden yang buat hati kami panas. Masa tengah tengok buku-buku agama, ada sorang budak perempuan ni ambik 1 buku pasal kesilapan yang biasa dilakukan wanita (if I'm not mistaken, tak ingat exact tajuk buku tu) then dia baca tajuk tu & said, "Salah orang la..." Then ada lagi sorang, tengok je bahagian buku agama & said, "Buku agama... Jangan harap aku nak baca.." Pastu ada sepasang couple ni, yang perempuan pakai takyah cakap la.. Pastu nampak buku agama macam nampak hantu, "Eh buku agama..." & cepat-cepat beredar. Aku pun taktau macam mana diorang boleh cakap & buat such things, aku yang dengar lak yang takut. Cuba bayangkan kalau Allah balas kat situ jugak. Bukan nak berlagak baik, tapi kot ye pun taknak tengok & beli, diam & blah jela. Tak perlu cakap camtu. Kalau orang Islam sendiri menghina Islam, macam mana orang lain nak hormat? Semoga Allah memberikan mereka hidayah sebelum terlambat. Aamiiin...

By the way, it's time for piccas!
Ambik kesempatan beli headphone guna baucer. Jimat!! Hihih..
Inilah hasilnya! Dan yg paling mahal adalah yg atas, paling kiri. T_T
That's for my cutie nephew

Feb 25, 2012

Transform gambar jadi storycard dengan Wedoo!

Salam.. Dah lama tak update, takde benda menarik untuk disemadikan kat sini. Huu..

Last week ada offer kt Groupon. Everyday pun ada offer kt Groupon tapi last week punya ada yang menarik hatiku. Memula nak grab offer untuk photobook tapi bila ternampak offer Storycard daripada Wedoo terus terpikat dengan keunikannya & harga yang berpatutan. So terus beli voucher tu dengan harga RM22. Murah kan? Dan ambil masa beberapa hari untuk pilih 48 keping gambar yang nak print.

Storycard ni menarik sangat. Saiz kecik je & kat bawah gambar tu ada tarikh & masa gambar tu diambil + boleh letak caption sendiri. Dan boleh jugak pilih untuk dibuat lubang kat bucu setiap kad so nanti jadi macam flash card. Kalau taknak buat lubang tu pun boleh.

Seminggu lepas order, storycard itu pun sampai! Excited sangat & memang puas hati dengan hasilnya. Memang berbaloi-baloi dengan harga RM22 + RM10 (delivery charge). Kalau nak pick up sendiri pun boleh so tak payah bayar that RM10.

Jom tengok sket hasilnya! Tapi tak clear lah sebab pakai camera henpon je. Hikhik...



Cantik tak cantik tak? Grab now at Wedoo! Tapi dengan harga asal lah sebab offer tu dah habis. Ngee~

Feb 6, 2012

Untuk para suami


Pernikahan atau perkahwinan,
Menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah,
Justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita menjadi solehah. 

Pernikahan atau perkahwinan,
Mengajar kita kewajipan bersama,
Isteri menjadi tanah, dalam pernikahan atau perkahwinan,
Kamu langit penaungnya,
Isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, kamu mursyidnya. 

Isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya,
Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya,
Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya,
Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya. 

Pernikahan atau perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan takwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T,
Kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana,
Justeru, kamu akan tersentak daripada alpa,
Kamu bukanlah Rasulullah S.A.W,
Pun bukanlah Saidina Ali R.A.
Kamu suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh. 

Sumber: ILuvIslam 

I love this article so much that I decided to copy so I can always read it. =)

Jan 30, 2012

Seriuskah Si Dia?

Kenal sudah hampir 5 tahun, berkawan rapat sudah masuk tahun ketiga & berkasih sayang hampir setahun lamanya, namun sudahkah kamu mengenali ketelusan isi hati sang teruna? Betulkah si dia mahukan sesuatu yang kekal berpanjangan? Jom ketahui tanda-tanda utama yang menunjukkan si dia serius terhadap sesuatu perhubungan.

1) Perkenalkan keluarga & sahabat
Lelaki yang memandang berat terhadap perhubungan akan cuba untuk memperkenalkan pasangan kepada ahli keluarga & rakan taulan yang rapat dengan dirinya. Ini menunjukkan bahawa mereka menganggap pasangan seorang yang penting & bermakna dalam hidup. Kebiasaannya, seorang lelaki akan cuba untuk menyembunyikan hubungan yang mereka rasakan tidak serius. Ini bagi mengelakkan perspektif negatif yang mungkin timbul daripada kaum keluarga. Namun sekiranya mereka mempunyai alasan kukuh untuk tidak memperkenalkan kepada ahli keluarga, misalnya masa yang tidak kena atau keadaan yang tidak mengizinkan, sang kekasih pula perlu cuba untuk memahami situasi tersebut. Tapi tak dinyatakan pulak contoh keadaan yang tidak mengizinkan tu. Hee...


2) Mengambil berat
Sudah menjadi tanggungjawab seorang lelaki untuk menjaga kaum hawa. Sekiranya sang arjuna mengambil berat terhadap setiap perkara yang kamu lakukan, itu menunjukkan bahawa mereka benar-benar serius terhadap perhubungan itu. Ini kerana kebiasaannya, lelaki yang hanya berminat terhadap hubungan jangka pendek tidak akan mempedulikan apa yang dilakukan oleh pasangan mereka. Tiada rasa tanggungjawab wujud terhadap diri kamu timbul dalam sanubari. Ada kemungkinan juga si jejaka belum bersedia untuk berkongsi hidup lantaran hubungan yang dijalinkan berkisar untuk menghilangkan kesunyian diri. Tiba saat apabila tidak lagi sunyi, kamu mungkin akan ditinggalkan pula.

3) Lebih mengingati
Seorang lelaki yang serius terhadap sesebuah perhubungan akan sentiasa berusaha memenangi hati pasangannya. Apabila si dia berusaha keras & fokus pada setiap perkataan yang diluahkan, ia menunjukkan bahawa setiap rintihan adalah amat penting. Juga sebagai bukti yang tidak disampaikan melalui kata-kata, kejerihan lelaki menghargai kehadiran teman istimewa dalam kehidupan mereka. Selain itu, cara ini juga digunakan untuk mengenali diri kekasih dengan lebih mendalam. Bukan senang tau untuk seseorang lelaki mengambil sedikit masa mengimbau & mengenang kembali kenangan lama apatah lagi sesuatu yang dirasakan penting bagi kamu.

4) Berkongsi masalah
Lumrah seorang lelaki, sukar untuk berkongsi masalah terutamanya yang melibatkan masalah peribadi. Mereka hanya akan berkongsi masalah dengan orang yang mereka betul-betul percaya sahaja. Sekiranya si dia sudah bersedia untuk berkongsi masalah, ini merupakan petunjuk bahawa si dia sudah mula mempercayai & menerima kamu sebagai sebahagian daripada hidup. Tetapi awas! Kamu perlu bijak untuk mengesan sama ada luahan hati itu sebetulnya ikhlas atau hanya cuba untuk menagih simpati. Berhati-hatilah kerana seorang lelaki tidak akan menceritakan segala masalah jika baru sehari dua perkenalan kerana kebiasaannya ia akan mengambil masa yang lama. Jika pada permulaan perkenalan pelbagai masalah dikongsi oleh si dia, kamu seharusnya lebih berhati-hati.

Oh suria! Percayalah pada isi hati & naluri kamu. Jangan bertindak terlalu terburu-buru. Tiada gunanya mendambakan diri kepada yang tidak menghargai & tidak menganggap kamu sebagai seorang yang penting. Ingatlah bahawa kamu juga berhak berasa istimewa!

Dipetik dari majalah Remaja Bil. 611 (1 Februari 2012)

Keliru? Was-was? Solat istikharah & doa mungkin dapat membantu, insyaAllah. =)

Jan 27, 2012

Mimpi ngeri kembali lagi

Assalamualaikum & g'day!

Duh kejap je dah seminggu berlalu. Kalau duk rumah memang kejap je rasa kan? Rasa baru je putera puteri kesayangan menyambut kepulangan aku, rasa baru je aku bergurau senda dgn diorg.

Paling best malam pertama aku tido, esok pagi bunyi alarm utk solat Subuh aku tersedar & terbayang rutin yg selalu aku buat kt rumah sewa. Bangun, turun dari katil, jalan ke pintu, keluar bilik, ambik toiletries, mandi, solat bla bla bla... Rasa down gile, tetiba baru teringat aku kat rumah!!! Terus bersemangat nak bangun! Tak pernah kot aku alami benda camtuh. Mungkin stressed sangat duk JB tuh & susah nak balik, tak macam time blaja dulu.. Ya Allah, Dia je tau perasaan aku masa tuh. Over excited! Dahla kakak, abang dgn anak sedara semua balik, adik je yg tak balik sebab banyak assignments katanya. Bukan senang nak berkumpul macam tu. Huu...Tapi seminggu dah berlalu. Esok pagi aku akan balik ke JB. Semoga Allah bagi aku kekuatan utk teruskan kehidupan yg sangat tak best kat JB tuh. *sobsob* Opss orang JB jgn marah, bukan JB tak best tp dah namanya merantau kan, pastu pulak first time keje biasalah mesti stressed je manjang! Hwaa...

Dah namanya hidup, dalam suka pasti ada duka vice versa. Memang ada perkara yg melukakan hati & perasaan aku dalam seminggu ni tapi aku rasa aku dah cukup matang utk berfikiran positif (walaupun nangis sampai mata bengkak *lol*). Aku percaya setiap yg berlaku ada hikmahnya & He knows best. Apa pun yg berlaku never give up, keep praying & have faith in Him. InsyaAllah pelangi akan muncul nanti. =D
Aryan dah berjalan, berlari & sepak bola!!
3 sekawan~
Si pembuli cilik