Jun 17, 2012

Lafaz yang tersimpan untuk Papa....

Sejak semalam ramai yang post pasal Father's Day kat FB & Twitter. I'm not sure if it's haram or not 'cause different people have their own views & I'm not gonna say a word regarding the issue. What I'm gonna say is, I feel so touched to read all the posts & I miss Papa so much. It's been more than 2 months since I last met him. I always regret the fact that I never stand or sit in front of him & tell him how much I love him. I always hesitate to hug & kiss him when I'm dying to do it. ='(

Lafaz yang tersimpan untuk Papa tersayang....

Papa,
Telah banyak perit jerih yang Papa lalui sedari kecil
Tak pernah ku lupa setiap apa yang Papa ceritakan & apa yang ku sendiri saksikan
Betapa besar jasa & pengorbananmu
Yang tak mungkin dapat kubalas
Maafkanku Papa, atas ketidakmampuan diri


Papa,
Ku mengerti bukan wang ringgit yang Papa harapkan
Cuma ingatan tulus ikhlas anak-anakmu
Itu sudah cukup membahagiakan Papa
Tapi terkadang anak-anakmu alpa
Maafkan kami Papa, atas kekhilafan kami


Papa,
Banyak yang ingin kulakukan & berikan kepadamu
Tapi masanya belum tiba
Ku sentiasa doakan kita dipanjangkan umur
Agar ku beroleh kesempatan itu
Maafkanku Papa, buatmu tertunggu


Papa,
Walau tak terucap sayang & rinduku padamu
Papa sentiasa di hati & ingatanku
Tak pernah kulupa mendoakan kesihatan, kebahagiaan & kesejahteraanmu
Semoga Allah mengabulkan setiap doa anakmu
Maafkanku Papa, atas sayang yang tak terlisankan


Papa,
Tak dapat kubayangkan hidup tanpa Papa
Tiada lagi yang akan bertanyakan keadaan & kesihatanku
Tiada lagi yang akan menasihatiku dengan penuh kasih sayang
Tiada lagi yang akan membuatku tersenyum & ketawa bahagia
Tiada lagi yang akan menenangkan hatiku tatkala kegusaran
Tiada lagi yang akan meminta aku masakkan bubur nasi
Maafkanku Papa, aku tak mampu hidup tanpamu


Papa,
Doaku agar Papa dikurniakan kebahagiaan di dunia & akhirat
Agar Papa sentiasa dilindungi-Nya
Agar Papa dikurniakan kesihatan yang baik
Agar Papa dipanjangkan umur
Agar Papa tidak kesal memilikiku sebagai anakmu
Semoga Allah mengabulkan setiap doaku
Maafkanku Papa, hanya doa yang mampu kuhadiahkan untukmu



SELAMAT HARI BAPA, PAPA
Ku amat menyayangimu, tiada yang dapat menandingi kasih & sayangmu padaku. =')


Jun 4, 2012

Andai Ku Bercinta Lagi

Salam & hai.. Tetiba rasa nak tepek lagu kat sini. Mula² dengar lagu ni macam takde pape, macam lagu² lain je tapi bila tertengok dia punya video clip terus addicted. Masa tengok VC tu jugakla baru dengar betul² liriknya, memang touching sangat. Plus susunan muzik + suara vokalis yg mantop, 2 thumbs up! =D



Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga

Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni?

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh
Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh

Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih

Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu
Tanpa dirimu asaku mati

Jun 2, 2012

Great time in Johor! At last & at least =)

AMARAN! Entry ini agak panjang & mengandungi banyak gambar. Read & scroll at your own risk. ;p

Salam & hola! After few months of mental & physical torture, we finally had a chance to set ourselves free! It was actually a Family Day organized by the Pharmacy Department. Family Day tu dibuat di Damai Beach Resort, Desaru. Walaupun ada few issues sebelum pegi, we didn't really care as long as we had great time together yeahh~!!

We stayed at the resort for 2D1N. RM150 per room per night. Affordable but there were issues like; air-cond tak berfungsi, takde air dalam bathroom/toilet & ada titisan air dari atas. That's what I heard from others. Our room alhamdulillah takde masalah except for air-cond yg ambik masa lama sket utk sejuk but in the end, we were freezing at night. Hihi... The best part of our stay was the view from the room.

View from the balcony of our room.
Abaikan kualiti gambar, raw from henpon.
In this photo: My girlfriend =)
Malam tu ada dinner. OMG dinner, what's on your mind? Yeah that's what on ours as well but.... we ended up laughing at each other. LOL. Stupid us & I'm not gonna put the photos up here. Embarrassing. That's why people said, "Lower your expectation to limit your disappointment". ;p

Now it's time for piccas! The most important part of our getaways that captured the sweet memories we shared so the memories will remain as our friendship does, insyaAllah.

The best shot of all. Sunrise. Without editing ok. Raw, unedited pics combined. That's all.
Subhanallah awesome!

The next day (Sunday, 27 May) we were brought to Kota Johor Lama Museum. Macam lawatan sambil belajar masa sekolah dulu pun ada. Hihi.. It's a nice place though & yg paling best dapat jolok jambu (jambu wangi katanya). Rare & delicious! Thanks abang guard. ;p


Next ktorg ke Kota Tinggi Waterfalls. We were first told that we had to pay RM5, ok whatever. We just love that kinda place. Tapi bila sampai, it wasn't RM5 but RM7.50! ????? RM7.50 per person + RM3 per car. Ridiculous. Since dah masuk waktu Zuhur, ktorg decided utk solat dulu. Terkejut dgn keadaan surau yg tak terjaga, kena sapu dulu daun kt dalam surau & ada 2-3 je telekung + 1 kain yg sangat kotor. Ktorg pulak lupa ambik telekung dlm kereta. Apa agaknya diorg buat dgn duit yg orang awam bayar tu ek??


After dah masuk area waterfalls tu, we were quite surprised to see 2 slides a.k.a gelungsur air mcm kt taman tema air. Okla tapi tempat tu kecik. I still think that RM7.50/person is unreasonable. Plus another charge for float rental. Makanan kt dalam tu pun sangat mahal, okla that's normal. I wasn't satisfied sebab tempat tu kecik & ramai orang, nak mandi pun tak selesa so I really think it's not worth paying. Papepun we were happy that we were there, walaupun mungkin yg pertama & terakhir kali. =P

After the great time, I had bad headache. So balik, after solat Asar terus pengsan sampai Maghrib. Alhamdulillah the headache went away.

Looking forward to having more of this next time! Great escape~! ;)

May 1, 2012

Quick update!

Pheww lamanya tak update blog. Kemalasan yg amat.

Sekarang 'bertugas' di Farmasi Pesakit Luar (OPD) yg tersangatlah busy, hari² macam nak pengsan. But it's fun selagi takde manusia merosakkan mood. Contohnya, orang yg suruh kita buat keje dia then nak marah² bila kita lambat sikit. Heloooo you are paid to do that & I'm just helping. Tak payah nak poyo sangatlah kan~ T_T

Untuk menghilangkan kepenatan & tekanan jiwa yg dialami, last weekend kami ke City Square. Tengok The Avengers yg tersangatlah awesome! Oh I love Tony Stark a.k.a Ironman.. Tak payah review lah sebab ramai yg dah tengok pun & so far takde lagi yg cakap tak best. Masa nak beli tiket pun mak aiii panjangnya barisan nasional. Nasib baik ada banyak slot.

Sebelum layan muvi yg ohsem tu kami melahap di Seoul Garden. Memanglah sodap kan tapi sayang sebab rush sikit, tu pun masuk panggung lewat 15 minit. Dua kali keluar masuk sebab ada orang ambik seat kami. Pfft...

The next day pulak keluar pegi Plaza Angsana. Itu boleh dikatakan satu kemestian setiap minggu. Pegi lunch & bernasib baik ada blood donation! Nasiblah baru lepas makan & orang yg jaga pun tak tengok masa timbang berat. So lepaslah.. Hihi I like~ Lepas donate blood to rasa ngantok yg amat (taktaula ada kaitan ke tak ;p) tapi sempat lagi layan karaoke. Then balik, solat terus 'pengsan' kat ruang tamu depan TV. =.=

Look at the crowd. Ramai lagi belah sana. Phew~
Ready to ngap!
Self-made ABC aiskrim ;p
Yay sukses!

Feb 26, 2012

Alkisah di kedai buku

Alhamdulillah berjaya menghabiskan baucer buku RM200. Terima kasih kepada yang memberi. Semalam kami berenam (6 orang ye, bukan berenang) ke City Square (CS) untuk shopping buku & apa yang patut dengan baucer tu. Baucer tu baru dapat last week. Tu pun bernasib baik ada lecturer kebetulan nak datang melawat kami kat sini so mintak tolong dia bawak sekali baucer tu so tak payahla kami nak ke Melaka. Jimaaaat.... =D

Sebelum ni tak pernah pun shopping buku. Pegi shopping complex tak pernah terlintas pun nak jenguk kedai buku. Ish ish ish... Semalam baru terasa kepeningan nak memilih buku & lagi pening nak menggenapkan so that total RM200 supaya tak membazir, end up kena tambah duit. Pfft...

Di sebalik kepenatan & kesibukan cari buku tu ada insiden yang buat hati kami panas. Masa tengah tengok buku-buku agama, ada sorang budak perempuan ni ambik 1 buku pasal kesilapan yang biasa dilakukan wanita (if I'm not mistaken, tak ingat exact tajuk buku tu) then dia baca tajuk tu & said, "Salah orang la..." Then ada lagi sorang, tengok je bahagian buku agama & said, "Buku agama... Jangan harap aku nak baca.." Pastu ada sepasang couple ni, yang perempuan pakai takyah cakap la.. Pastu nampak buku agama macam nampak hantu, "Eh buku agama..." & cepat-cepat beredar. Aku pun taktau macam mana diorang boleh cakap & buat such things, aku yang dengar lak yang takut. Cuba bayangkan kalau Allah balas kat situ jugak. Bukan nak berlagak baik, tapi kot ye pun taknak tengok & beli, diam & blah jela. Tak perlu cakap camtu. Kalau orang Islam sendiri menghina Islam, macam mana orang lain nak hormat? Semoga Allah memberikan mereka hidayah sebelum terlambat. Aamiiin...

By the way, it's time for piccas!
Ambik kesempatan beli headphone guna baucer. Jimat!! Hihih..
Inilah hasilnya! Dan yg paling mahal adalah yg atas, paling kiri. T_T
That's for my cutie nephew

Feb 25, 2012

Transform gambar jadi storycard dengan Wedoo!

Salam.. Dah lama tak update, takde benda menarik untuk disemadikan kat sini. Huu..

Last week ada offer kt Groupon. Everyday pun ada offer kt Groupon tapi last week punya ada yang menarik hatiku. Memula nak grab offer untuk photobook tapi bila ternampak offer Storycard daripada Wedoo terus terpikat dengan keunikannya & harga yang berpatutan. So terus beli voucher tu dengan harga RM22. Murah kan? Dan ambil masa beberapa hari untuk pilih 48 keping gambar yang nak print.

Storycard ni menarik sangat. Saiz kecik je & kat bawah gambar tu ada tarikh & masa gambar tu diambil + boleh letak caption sendiri. Dan boleh jugak pilih untuk dibuat lubang kat bucu setiap kad so nanti jadi macam flash card. Kalau taknak buat lubang tu pun boleh.

Seminggu lepas order, storycard itu pun sampai! Excited sangat & memang puas hati dengan hasilnya. Memang berbaloi-baloi dengan harga RM22 + RM10 (delivery charge). Kalau nak pick up sendiri pun boleh so tak payah bayar that RM10.

Jom tengok sket hasilnya! Tapi tak clear lah sebab pakai camera henpon je. Hikhik...



Cantik tak cantik tak? Grab now at Wedoo! Tapi dengan harga asal lah sebab offer tu dah habis. Ngee~