Feb 26, 2012

Alkisah di kedai buku

Alhamdulillah berjaya menghabiskan baucer buku RM200. Terima kasih kepada yang memberi. Semalam kami berenam (6 orang ye, bukan berenang) ke City Square (CS) untuk shopping buku & apa yang patut dengan baucer tu. Baucer tu baru dapat last week. Tu pun bernasib baik ada lecturer kebetulan nak datang melawat kami kat sini so mintak tolong dia bawak sekali baucer tu so tak payahla kami nak ke Melaka. Jimaaaat.... =D

Sebelum ni tak pernah pun shopping buku. Pegi shopping complex tak pernah terlintas pun nak jenguk kedai buku. Ish ish ish... Semalam baru terasa kepeningan nak memilih buku & lagi pening nak menggenapkan so that total RM200 supaya tak membazir, end up kena tambah duit. Pfft...

Di sebalik kepenatan & kesibukan cari buku tu ada insiden yang buat hati kami panas. Masa tengah tengok buku-buku agama, ada sorang budak perempuan ni ambik 1 buku pasal kesilapan yang biasa dilakukan wanita (if I'm not mistaken, tak ingat exact tajuk buku tu) then dia baca tajuk tu & said, "Salah orang la..." Then ada lagi sorang, tengok je bahagian buku agama & said, "Buku agama... Jangan harap aku nak baca.." Pastu ada sepasang couple ni, yang perempuan pakai takyah cakap la.. Pastu nampak buku agama macam nampak hantu, "Eh buku agama..." & cepat-cepat beredar. Aku pun taktau macam mana diorang boleh cakap & buat such things, aku yang dengar lak yang takut. Cuba bayangkan kalau Allah balas kat situ jugak. Bukan nak berlagak baik, tapi kot ye pun taknak tengok & beli, diam & blah jela. Tak perlu cakap camtu. Kalau orang Islam sendiri menghina Islam, macam mana orang lain nak hormat? Semoga Allah memberikan mereka hidayah sebelum terlambat. Aamiiin...

By the way, it's time for piccas!
Ambik kesempatan beli headphone guna baucer. Jimat!! Hihih..
Inilah hasilnya! Dan yg paling mahal adalah yg atas, paling kiri. T_T
That's for my cutie nephew

Feb 25, 2012

Transform gambar jadi storycard dengan Wedoo!

Salam.. Dah lama tak update, takde benda menarik untuk disemadikan kat sini. Huu..

Last week ada offer kt Groupon. Everyday pun ada offer kt Groupon tapi last week punya ada yang menarik hatiku. Memula nak grab offer untuk photobook tapi bila ternampak offer Storycard daripada Wedoo terus terpikat dengan keunikannya & harga yang berpatutan. So terus beli voucher tu dengan harga RM22. Murah kan? Dan ambil masa beberapa hari untuk pilih 48 keping gambar yang nak print.

Storycard ni menarik sangat. Saiz kecik je & kat bawah gambar tu ada tarikh & masa gambar tu diambil + boleh letak caption sendiri. Dan boleh jugak pilih untuk dibuat lubang kat bucu setiap kad so nanti jadi macam flash card. Kalau taknak buat lubang tu pun boleh.

Seminggu lepas order, storycard itu pun sampai! Excited sangat & memang puas hati dengan hasilnya. Memang berbaloi-baloi dengan harga RM22 + RM10 (delivery charge). Kalau nak pick up sendiri pun boleh so tak payah bayar that RM10.

Jom tengok sket hasilnya! Tapi tak clear lah sebab pakai camera henpon je. Hikhik...



Cantik tak cantik tak? Grab now at Wedoo! Tapi dengan harga asal lah sebab offer tu dah habis. Ngee~

Feb 6, 2012

Untuk para suami


Pernikahan atau perkahwinan,
Menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah,
Justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita menjadi solehah. 

Pernikahan atau perkahwinan,
Mengajar kita kewajipan bersama,
Isteri menjadi tanah, dalam pernikahan atau perkahwinan,
Kamu langit penaungnya,
Isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, kamu mursyidnya. 

Isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya,
Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya,
Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya,
Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya. 

Pernikahan atau perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan takwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T,
Kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana,
Justeru, kamu akan tersentak daripada alpa,
Kamu bukanlah Rasulullah S.A.W,
Pun bukanlah Saidina Ali R.A.
Kamu suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh. 

Sumber: ILuvIslam 

I love this article so much that I decided to copy so I can always read it. =)