Oct 28, 2012

DOUBLE HAPPINESS - Graduated + Engaged!

Fuhh lamanya tak jenguk blog ni. Hihi bz katanya...

Alhamdulillah setelah menanggung segala suka & duka selama hampir 1 tahun, akhirnya berakhir jugak praktikal di HSA (kira dah grad la tu kan.. hihi). Banyak sangat kenangan. Masa kat sana memang rasa semua pahit tapi bila dah on the way balik kampung, semua yang manis menjengah di minda. Tetiba sebak sensorang. Huuu tapi bila dah sampai kampung kembali rasa YAYYYY!!!!

And dalam masa seminggu buat persiapan untuk engagement. Seminggu sebelum tu dah pegi shopping kat Nilai & KL dengan family. Balik kampung sambung shopping lagi & start set up pelamin. DIY ok! Yang pastinya bukan aku yang buat la... Big sistas & bro yang tolong.

Agak kelam kabut sebenarnya buat persiapan sebab keputusan untuk bertunang pun secara tetiba je. Sebelum ni pertanyaan aku tak dilayan. Tetiba si dia cakap dah boleh cari pelamin secara serius. Lupa dah bulan berapa masa tu, calendar yang tercatat semuanya hilang lak. Hwaaa.... Tapi takpelah yang penting syukur sangat segalanya dipermudahkan. Doa aku dimakbulkan. Terima kasih ya Allah. :)

Sebelum ni risau jugak pasal bajet, yelah still blaja kan. Tapi betol la orang cakap, benda baik akan dipermudahkan. Alhamdulillah ramai yang sponsor. Allah je yang mampu balas jasa baik mereka semua. Duit aku banyak habis untuk hantaran je. Yang lain kebanyakannya orang lain yang berhabis. Semoga Allah murahkan rezeki mereka. Aamiiiin...

Buat masa ni tak boleh upload gambar lagi sebab aku tak ambik gambar langsung!! Tunggu gambar dari OP, semestinya ambik masa sket kan. Takpe, sabar je. Hihi.. Dah ada gambar baru boleh buat review sket (kalau rajin).

Sekarang rasa sangat gembira, bahagia & senang hati. Syukur sangat. Sekarang tengah plan untuk persiapan kawen pulak. Tak banyak masa dah. Bila tu biarlah rahsia dulu. Hehe... Yang penting kena pecut dari sekarang! Ok baii~

1st time mekap & sangat teruja. ;p

2 otobots membebel:

Seroja Tiara said...

tahniah sis~ cantikk!! semoga semua berjalan dgn lancar ye nnt :)

Wani Sakri said...

tq seroja.. insyaAllah, aamiiiiin :)