May 17, 2013

Nyesal kawen...

Hmm taktau cane aku pilih & kawen dengan si B padahal hati sangat mencintai si A. Memula tu hepi je tapi bila ternampak si A muram & nampak tak sihat terus hati rasa sedih sangat. Rasa useless, hopeless, helpless.

Lepas tu terserempak dengan si A nak beli air kat machine. Dia mintak nak pinjam duit nak beli air tu. Aku bagi la. Masa tu dah tak tertahan rasa sebak, aku mintak maaf kat dia sebab kawen dengan orang lain. Aku nyesal sangat sebab aku sayangkan si A. Aku nangis. Si A pun dengan air mata berlinangan jawab, "Takpelah B, sekarang ada orang jaga B. Nanti dah takde orang jaga Sayang pulak jaga." Masa tu terus aku berdoa dalam hati semoga si B cepat mati. Hahaha (evil laugh).....

Tuhan je tau perasaan aku masa tu betapa aku menyesal kawen dengan si B. Then aku terjaga & nangis betul². Masa tu aku bersyukur sangat itu hanya mimpi & realitinya aku kawen dengan si A & dia ada di sebelah aku. Syukur pada-Mu ya Allah. Mungkin mimpi tu peringatan Allah supaya aku sentiasa bersyukur. :')

Dan sepanjang hari ni asyik terbayang wajah sedih, suram si A dalam mimpi tu & ia sangat melukakan hatiku seperti dihiris belati. *sobs* This is serious ok. Huu.. Syukur sangat hanya mimpi. Berapa kali dah ulang ayat sama, betapa bersyukurnya aku ya Allah.... :D

8 otobots membebel:

Merok said...

*sebak*
mimpi rupanya... Bersyukur.

Wani Sakri said...

@Merok :')

Azimas Abdullah said...

Terkejut baca post title.. tapi alhamdulillah, si dia buat kak wani gembira. kita rasa senang. hihi.

Azimas Abdullah said...

Terkejut baca post title.. tapi alhamdulillah, si dia buat kak wani gembira. kita rasa senang. hihi.

arin cat said...

argh ! mimpi rupernyerr

nurul balqis zulkifli said...

boleh tahan suspen..hehee..

ieda maris said...

wani dah gembira sekarang.. muka berseri nampak la sinar kebahagian tuh.. =D

Wani Sakri said...

hehe mimpi je.. alhamdulillah.. :)
ye ke shida? berseri ke berisi? hwaaa