Nov 4, 2011

Mimpi tak seindah realiti


Assalamualaikum & salam Jumaat! 

Wahh hati berbunga² nih. Yelah realiti rupanya tak seburuk mimpi. Heheh.. Menda la BB merepek ni kan? Hihih sebenarnya tadi baru double check result exam. Sebelum ni memang takut sangat sebab rasa sem ni yang paling teruk sehinggakan for the first time, habis je 1 paper BB buang paper tu so takde lah kertas soalan yang disimpan. Memang sangat yakin sem ni paling teruk sampai rasa nak nangis sepanjang exam aritu. But miracles do happen kan?

Malam tadi tengah tido tiba² bunyi email masuk kat henpon. Dah agak dah mesti email dari UiTM nih. Ingat taknak bukak, nak check pagi ni je tapi dah curious sangat so bukak jugaklah. Macam tak percaya je bila tengok result tuh sampai tak boleh nak tido lepas tu. Aiyooo... Walaupun macam tak percaya tapi tetap bersyukur tak henti. 

Pagi ni risau lak rasa takut yang malam tadi sebenarnya mimpi je. Lepas solat Subuh terus bukak portal tapi takde lagi so bukak email & memang email malam tadi tu bukan mimpi. Hehe.. Alhamdulillah when I thought it was the worst semester, it was actually the best. What?!! 

Apapun memang syukur sangat sebab once again I make my parents happy & yang paling penting my CGPA dah melepasi syarat 3.80 untuk meneruskan pengajian ke peringkat selanjutnya. Hopefully syarat tu tak diubah & takde lagi syarat tambahan yang boleh disqualify me. Huu...

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA!

Jum balik kampung!

0 otobots membebel: