May 21, 2013

Al kisah konvokesyenku | Part I

Alhamdulillah selesai sudah konvokesyen. Walaupun berat hati nak pegi a.k.a malas tapi telah dipaksa oleh Incik Hubby, in the end aku rasa berterima kasih jugaklah pada Incik Hubby atas paksaan itu kerana ianya memang precious moment untuk diabadikan.

Oklah mari kita mulakan perjalanan. Bangun seawal 5.30 pagi. Woohoo... Bajet nak gerak pukul 6 tapi biasa la manusia merancang. ;p Bersiap-siapan, dekat 6.30 baru keluar. Dah keluar kawasan taman, alamak IC tertinggal dalam wristlet! Fiuuu patah balik. Singgah Petronas nak beli roti, oops belum bukak. Ke 7E lah kita beli roti & air kotak sorang satu, aku, Hubby & Ummi (mom-in-law).

Sampai UiTM Shah Alam dalam 7.30 kot. Lebih kurang la. Parking jauhnya....kena panjat tangga lagi. Sabor jela. Dengan ramai orang, beratur naik tangga. Pintu masuk pulak sekecik keciknya, sorang je muat. Apa pun tak bleh... Huhu.. Dah masuk perkarangan Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) berdiri pulak menunggu dipanggil masuk. Incik Suami bole pulak tertinggal lense camera dalam kete, terpaksa la menggagahkan diri meredah orang ramai, tangga & mentari pagi yang tengah bersinar tu patah balik ke kereta. Sabar eh Sayang...

Pukul 8.30 pagi masuk tapi belum masuk dalam dewan lagi. Beratur ikut nombor kat luar dewan. Kitorang punya nombor 900 ke atas, aku 922. Sampai ke bawah, turun tangga & pusiiiiiing. Fuh jauh bebenor. Tu pun last minute baru jumpa, nasib baik tanya orang yg jaga tu.

Tung tang tung tang selesai la terima scroll. Tak sangka dapat pakai selempang sebab dapat Anugerah Naib Canselor (ANC). Alaa diploma je, tak payah nak bangga sangatlah. Orang lain degree dapat ANC, haa tu baru boleh bangga. Lepas ambik scroll tu aku diminta cecepat ambik beg sebab ada sesi bergambar dengan Naib Canselor untuk yg dapat ANC.

Setel. Keluar DATC dengan Hubby, nampak mertua sekeluarga. Wow semua datang! Ingatkan Ummi, Abah & adik yg bongsu je datang. Rupanya abang & adik lg sorang pun datang, masing-masing pegang bunga so dapat 3 jambak bunga. Yuhuuu terharu sangat & rasa bersalah pun ada menyusahkan diorang datang pastu terpaksa pulak berjemur di bawah terik mentari. Pastu apa lagi ambik gambar la. Memula dengan famili pastu dengan kengkawan yg datang.

Jubah tak pulang lagi sebab............. dan ada something yg aku gerammm sangat!! Di entry seterusnya di sini. Poyo tak? Terima kasih. Entry ni dah panjang la...

*Walaupun famili sendiri tak datang aku takdela rasa terkilan ke apa pun. Bersyukur jugak Ma & Papa tak datang, kalau tak kesian Papa yg tak berapa sihat nak kena jalan jauh, panjat tangga lagi, berpanas pulak tu. Nanti convo degree akan ku kerah mereka untuk datang. InsyaAllah kalau ada rezeki.... :)


My backbone :)
In-laws
Partners in crime
Yuhuuu

3 otobots membebel:

Cik Mun said...

congrats ye :)

nor azman said...

tAHNIAH

nor azman said...
This comment has been removed by the author.