May 2, 2013

Review Yun Nam Hair Care - RM2 jadi RM1000 dalam masa sehari!

Ini adalah sebuah kisah menyentuh hati, pengorbanan seorang suami terhadap isterinya. :P

Al kisah hari tu aku ada beli voucher Yun Nam kat StreetDeal. Ringgit Malaysia DUA sahaja, mau tak beli! Sebelum tu dia dah buat tapi RM18, aku memang dah nak beli tapi tak sempat cakap kat Hubby. Memang rezeki ke apa taktaula dia buat lagi sekali, terus aku bagitau Hubby & dia kasi beli. Yela RM2 je pon.
Ini la rupa paras sebahagian dari voucher tu. 99.5% off okay! :P

Berpuluh² kali kot panggilan dari Yun Nam aku tak jawab. Haha mana la aku tau diorang akan call, aku pulak memang malas jawab call dari nombor tak dikenali. Pfft.. Nasib baik 1 hari tu tergerak hati untuk jawab so appointment dibuat.

Tanggal 1 Mei 2013, aku & Hubby pun pegi la ke Yun Nam di The Mines. Appointment pukul 11 pagi. Mula² sekali after register, dia panggil masuk bilik & scan kulit kepala a.k.a scalp. Mak aii teruknya kulit kepala aku! Ala sebenarnya aku takla terkezut sangat sebab aku memang ada masalah kulit kepala sejak sekolah lagi. Dulu lagi teruk sampai Papa bawak aku pegi jumpa dermatologist & sehingga 30 April 2013 aku still guna shampoo yg Doktor tu kasi tapi masalah kelemumur aku tak hilang pun cuma tak seteruk dulu. Kalau tengok dgn mata kasar takla nampak kulit kepala aku bermasalah, Hubby aku pun cakap cuma dia perasan aku selalu garu² kepala. Hihi *malu. Yela kepala asyik gatal², rambut banyak gugur. Aku paling takut jadi botak one day sebab aku pernah dengar & baca. Hwaaa takottt.. Tu aku beria nak ke Yun Nam, tapi misi utama aku nakkan produk dia tu je. :P

Eh melalut pulak. So after the scan, biasala dia promote dia punya herbal treatment for dandruff. Harga? RM480. Sekali buat je tau! Hmm ikutkan hati memangla aku nak buat tapi memandangkan aku ni ada suami so aku call la Hubby yg dah merayau entah ke mana. :P Aku suruh Hubby masuk but ktorg decide utk cuci je dulu (yg dapat free dengan voucher RM2 tu :P). Lepas cuci dia scan lagi & tunjukkan dandruff tu memang takkan hilang hanya dengan cucian biasa. So kali ni aku serah kat Hubby la sama ada nak buat treatment tu tak, alhamdulillah Hubby setuju untuk aku buat treatment tu. Hubby pegi buat payment kat kaunter RM480 & aku ke bilik treatment.

Mula² dia sapu herba kat scalp then dia masak. Hehe steam la... for like 15 minutes untuk melembutkan dandruff supaya senang nak rub. Masa dia rub tu mak aihh sakiitt tapi tahan jela. Lepas dah rub seluruh scalp, dia cuci. Lepas tu scan lagi. Guess what??! Tiada lagi kelemumur, kepala rasa ringan & tak gatal dah. Hihi sukanya aku.... Then dia promote pulak full package, after less RM3120 utk 3 bulan treatment. Tiap² minggu kena datang. Boleh buat installment RM87 sebulan tapi kira la berapa tahun baru habis. Haha.. Last² ktorg decide utk ambik dia punya produk je. Produk dia je RM530. o.O And dengan voucher tu dapat free kit, ada 3 item. Saiz kecik jela, macam trial pack.
Ini free kit.
Ini full set.
Aku rasa the outcome is worth the money (mungkin jgk sebab bukan duit aku kot :P). Service pun bagus. Pagi tadi (1 day after the treatment) aku cuci rambut guna produk di atas, rambut gugur tak banyak. Tak macam selalu. Selalu kalau cuci rambut memang banyaklaa rambut gugur, bila sikat gugur lagi. *sigh

Apa pun aku sangat bersyukur dikurniakan suami yg tak kisah berhabis utk aku. Terutama dalam bab kesihatan (kesihatan la ni kan :P). Alhamdulillah memang tak expect Hubby akan setuju dengan treatment tu, dhla baru anta kete utk polish kat tempat parking for RM270. Kira birthday present la tu, birthday aku 27/4 yg lepas. Tak dapat Galaxy Note II pun takpela, kesihatan lebih penting. Hihi.. THANK YOU SAYANG.

4 otobots membebel:

ieda maris said...

mak aih harganye tapi berbaloi takpe.. suatu hari nanti kena try nih..rambut i macam hantu kak limah tau.. :(

Unknown said...

@ieda maris tu la, teringin nk amek full package tp tunggu dh keje la.. hee

yayanlalah said...

ah nak like sangat komen shida atas tu. haha love is in the air. untung kak wani. jaga incik laki baik terbaik nanti dia bagi note 2 pulak hadiah konvo hik3

Unknown said...

@yayanlalah haha takde maknanya yan, kne tunggu next birthday la kot.. maybe masa tu dh note 4 kot :P