Sep 2, 2011

Raya tahun ni best ke?

Assalamualaikum semua.. Fuhh dah lama tak hapdet belog nih. 2 hari sebelum raya BB balik kampung, raya pertama baru balik beraya kat rumah. Busy lah kununnya beraya ke sana sini. Raya tahun ni rasa kurang best sket lah sebab kakak & abang-abang semua beraya di rumah mertua diorg so BB & adik je yang balik kampung. Memang bosan sangat. *sobsob* Sepupu sepapat ramai tapi semua kecik lagi. Masa kat kampung tu rasa tak sabar nak balik rumah. Huu...

Raya kat rumah best sebab abang sekeluarga ada, dapat main ngan anak buah memang best sangat. Abang yang baru kawen bulan 6 aritu pun tengah tunggu kelahiran baby pertama bulan 3 ni, tak sabar rasanya. Seronok ada anak buah, macam anak sendiri. Ngee~

Semalam buat open house, Mr Chipmunk datang yeayy!! Lama gak la dia & membe lepak sebab tunggu lagi sorg membe tak kunjung tiba. Heheh then ktorg pegi shopping kat Pengkalan Kubor meredah terik mentari. Hukhuk.. Ramai betol orang.

Hari ni sunyi sepi. Pagi tadi Ma, Papa & abang sekeluarga pegi Kuantan ada kenduri kat sana. BB tak ikot sebab nanti dah nak balik Melaka. BB ingatkan bas 3hb tapi rupanya kawan BB cakap 4hb. Hwaaa kalau tak BB ikot diorg pegi Kuantan tadi. Hwaa hwaaa hwaaaa.... Takpelah nak wat cane kan.... *sobsob* Ok nak nanges jap. Daa~
Raya @ kampung
Raya di rumah pakcik
(Bersama pakcik sekeluarga)
Masih mengantok -.-

1 otobots membebel:

Wanita2u said...

Jom join giveaway dari Wanita2u pula. :)
Hadiah mmg sangat menarik. Berbaloi-baloi join. Hehehe.

http://portalwanita2u.blogspot.com/2011/09/wanita2u-2nd-giveaway.html