Aug 28, 2011

Law Ka Na Bainana

Salam semua. Sahur tak? Hehe biasanya ramai yang awal-awal je semangat bangun sahur, penghujung ni semua dah liat nak bangun. Kenapa ek? Jawab sendiri. http://matcuoi.com


Tadi lepas sahur sementara tunggu Subuh, abang BB bukak TV tengok bola then dia tukar channel. Bukak TV Alhijrah. Rasanya ni first time kot BB tgk Alhijrah, almaklumlah duk hostel katakan. Malas nak pegi bilik TV walaupun ada Astro dengan aircond bagai. Lepas habis rancangan Ihya' Ramadhan, ada 1 lagu Arab best sangat so BB layan jela sebelum tukar channel. Tup tup rupanya lagu tu lagu tema untuk rancangan Law Ka Na Bainana. http://matcuoi.com Memula tengok kat info memang no idea lah rancangan apa sebab tak belajar bahasa Arab. Isk..


Alhamdulillah tergerak hati untuk stay kt channel tu. Memang rancangan tu sangat best sampai taknak berganjak dari depan TV. Serius. Kepada sesiapa yg belum pernah dengar atau tengok, rancangan tu sebenarnya rancangan realiti dakwah kt negara Arab yang bertujuan mendidik masyarakat Arab mencontohi akhlak Rasulullah s.a.w.


BB sangat kagum dengan diorg dari segi penghayatan Islam diorg. Bila hos sebut 'Rasulullah' je diorg memang akan berselawat dengan kuat (tak macam kita, selawat dalam hati kononnya). And rancangan tu memang berjaya buat BB rasa nak nangis, bergenang dah tapi control sebab abang ada. http://matcuoi.com Masa tu hos tu tanya seorang hamba Allah ni, apa yang dia akan cakap kalau Rasulullah s.a.w ada kat depan dia masa tu. Orang tu macam tergamam & dia cakap dia akan cium tangan & kaki Rasulullah then dia menangis. BB masa tu pun membayangkan benda sama & memang rasa nak nangis. http://matcuoi.com


Lagi 1 situasi, kt sebuah kedai ada sorang budak lelaki datang nak beli something la tapi masa tu ada orang tua datang & si penjual tadi mendahulukan orang tua tu. Budak tu tak puas hati then hos & budak tu pegi jumpa penjual tu & terangkan la pada penjual tu. Dalam situasi tu sebenarnya nak bagitau betapa Rasulullah s.a.w kasihkan kanak-kanak & tak suka orang yang menzalimi kanak-kanak tapi yg buat BB sebak tu bila hos tu tanya penjual tu apa dia akan buat kalau Rasulullah s.a.w ada kat depan dia. Penjual tu cakap dia akan tinggalkan semua kerja & segera bersolat sebab dia kata dia tak pernah solat. Masa tu nampak kekesalan di wajah penjual tu then hos tu bagi sebuah buku kt penjual tu.


Another situation, hos sendiri menangis bila dia menceritakan kisah Rasulullah s.a.w kepada seorang hamba Allah dalam masjid. Kisah tu tentang betapa Rasulullah s.a.w sedih & kecewa bila tengok ada kesan ludah pada dinding masjid lalu datang seorang wanita membersihkan kotoran tu & diletakkan wangian kat situ & Rasulullah s.a.w berkata maksudnya, "Alangkah cantiknya." Masa tu hos melawat sebuah masjid yang memang sangat cantik & moden, 5 bintang punya masjid. Hos tu bgtau org tu kalau Rasulullah s.a.w masih ada, tentu Baginda akan berkata, "Alangkah cantiknya."


BB rasa rancangan tu sangat memberikan kesan tapi kalau nak buat kt negara kita ni memang agak payah kot tapi tak mustahil. Kalau korang belum tengok, boleh search je kt YouTube oke. Sama-sama kita amek iktibar & perbaiki diri insyaAllah. http://matcuoi.com

Untuk full video lagu tema klik sini. Kualiti video tak berapa bagus tapi tu je video full yg BB jumpa. Sound ok by the way.


Untuk download MP3 klik sini. First time upload MP3, kalau tak jadi bgtau eh. =.=

4 otobots membebel:

radsmil said...

oo,, ini pula law ka na bainana... 1st tyme dengar n tak pena lagi tengok rancangn tu...

neway, nice sharing nnt kita try tngk pula..^^

nadia fatihah said...

moga kita sama2 berubah jadi macam tu jugak yer :)

gilaweb said...

antara rancangan kegemaran gilaweb..aku rindu baginda nabi....

Unknown said...

@gilaweb kan? me too =(