Dec 21, 2011

Seafood FTW!

Seafood yeahh! Eh lupa, assalamualaikum & salam sejahtera. =)

Nak cite pengalaman paling best setakat sebulan dok JB nih. Last weekend tgh kebusanan & kebuluran kat rumah, kakak call. Katanya dia sekeluarga bersama in-laws ada kt JB & nak datang amek BB bawak pegi jenjalan. Wahhh what a good news! Apa lagi terus bersiap ala kadar & menanti penuh sabar.

Beberapa minit kemudian diorang sampai, 2 buah kete. Vroom kereta meluncur laju menuju Jusco Tebrau. Cehh macam novel lah pulak. Pfft.. Best gile JJ Tebrau, besau weh & ramai sangat orang. *Jakun jap* Walaupun tak shopping pape tapi seronok dapat spend time dgn putera puteri kesayangan yg nakal. Dah puas pusing & diorang pun dah habis shopping, terus cari port best untuk isi perut.

Sampai je ke destinasi yg dituju i.e Selera Senibong Seafood (SSS), memang teruja sebab ramai orang & nampak meriah & yg paling penting tak sabar nak menjamu seafood! Tempat tu memang cantik sangat, 'terapung' atas air & boleh nampak Singapore tapi sayang tak snap gambar. Kalau nak tengok sila rujuk Incik Google eh. Hee..

Ktorg order nasi putih, sup ayam, ketam sambal, ayam masak merah, sotong kicap (kot), ikan besau (taktau ikan ape ;p) masak merah ke 3 rasa ke tak sure, sayur kailan, sambal mangga (kot) & limau ais. Sorry lah BB tak sure sangat apa yg dimakan sebab tak dengar pun time diorang order, tau je dah sampai & sumbat je sume dalam perut. Overall ok la, nak kata sedap sangat tu tak la. Tapi dengar diorg cakap agak mahal. Ktorg 10 orang dewasa, 4 kanak-kanak, total almost RM400. Maybe sebab ramai Singaporean pegi sana so harga pun ikut harga Singapore. Hihih..

Ok itu aje nak share. Looking forward to exploring more interesting places & things to go & do in JB! Daa~ ;)