May 17, 2013

Nyesal kawen...

Hmm taktau cane aku pilih & kawen dengan si B padahal hati sangat mencintai si A. Memula tu hepi je tapi bila ternampak si A muram & nampak tak sihat terus hati rasa sedih sangat. Rasa useless, hopeless, helpless.

Lepas tu terserempak dengan si A nak beli air kat machine. Dia mintak nak pinjam duit nak beli air tu. Aku bagi la. Masa tu dah tak tertahan rasa sebak, aku mintak maaf kat dia sebab kawen dengan orang lain. Aku nyesal sangat sebab aku sayangkan si A. Aku nangis. Si A pun dengan air mata berlinangan jawab, "Takpelah B, sekarang ada orang jaga B. Nanti dah takde orang jaga Sayang pulak jaga." Masa tu terus aku berdoa dalam hati semoga si B cepat mati. Hahaha (evil laugh).....

Tuhan je tau perasaan aku masa tu betapa aku menyesal kawen dengan si B. Then aku terjaga & nangis betul². Masa tu aku bersyukur sangat itu hanya mimpi & realitinya aku kawen dengan si A & dia ada di sebelah aku. Syukur pada-Mu ya Allah. Mungkin mimpi tu peringatan Allah supaya aku sentiasa bersyukur. :')

Dan sepanjang hari ni asyik terbayang wajah sedih, suram si A dalam mimpi tu & ia sangat melukakan hatiku seperti dihiris belati. *sobs* This is serious ok. Huu.. Syukur sangat hanya mimpi. Berapa kali dah ulang ayat sama, betapa bersyukurnya aku ya Allah.... :D

May 9, 2013

Mom's Diary | First check up

Last Monday (6/5/2013) memandangkan kerajaan negeri Selangor bagi cuti pasca PRU13, Incik Hubby ada la masa membawa diriku ke Bank Islam untuk settle bayaran konvokesyen. Konvokesyen next week ok? Tak excited pun sebab dah tua, pegi pun sebab kena paksa dek Hubby. T__T Ok disebabkan Selangor cuti so ktorg pegi la ke cawangan di KL, ingat nak bukak akaun terus tapi tak boleh la sebab bukan menetap atau bekerja di situ. Ok fine.

Ok dah tu je. After that baru memecut ke KPJ Kajang Specialist Hospital. First sekali of course la register. Hajat di hati nak jumpa female doctor tapi doctor tu ada hal pulak, kena tunggu dalam 2 jam. Tak laratlah, proceed je dgn male doctor. He's a consultant, well most of them are consultants. Tunggu dalam 15-20 minit then masuk jumpa doctor. Takde apa sangat pun. Cuma excited masa Dr scan. Yela first time.. Terharu tengok baby & dengar dia punya heart beat. Masya Allah Subhanallah... Sebelum ni sometimes tertanya-tanya jugak betul ke ada baby kat dalam ni. Haha boleh tak... :P

Emm itu jela. Will see the female doctor in 1 month. We will see how much the baby has developed. ;)
There, the baby. :)
While waiting...
Note: 
Tarikh check-up: 6/5/2013 (Isnin)
Usia kandungan: 8 minggu lebih (almost 9 weeks)
Berat badan: 47.5kg

May 2, 2013

Review Yun Nam Hair Care - RM2 jadi RM1000 dalam masa sehari!

Ini adalah sebuah kisah menyentuh hati, pengorbanan seorang suami terhadap isterinya. :P

Al kisah hari tu aku ada beli voucher Yun Nam kat StreetDeal. Ringgit Malaysia DUA sahaja, mau tak beli! Sebelum tu dia dah buat tapi RM18, aku memang dah nak beli tapi tak sempat cakap kat Hubby. Memang rezeki ke apa taktaula dia buat lagi sekali, terus aku bagitau Hubby & dia kasi beli. Yela RM2 je pon.
Ini la rupa paras sebahagian dari voucher tu. 99.5% off okay! :P

Berpuluh² kali kot panggilan dari Yun Nam aku tak jawab. Haha mana la aku tau diorang akan call, aku pulak memang malas jawab call dari nombor tak dikenali. Pfft.. Nasib baik 1 hari tu tergerak hati untuk jawab so appointment dibuat.

Tanggal 1 Mei 2013, aku & Hubby pun pegi la ke Yun Nam di The Mines. Appointment pukul 11 pagi. Mula² sekali after register, dia panggil masuk bilik & scan kulit kepala a.k.a scalp. Mak aii teruknya kulit kepala aku! Ala sebenarnya aku takla terkezut sangat sebab aku memang ada masalah kulit kepala sejak sekolah lagi. Dulu lagi teruk sampai Papa bawak aku pegi jumpa dermatologist & sehingga 30 April 2013 aku still guna shampoo yg Doktor tu kasi tapi masalah kelemumur aku tak hilang pun cuma tak seteruk dulu. Kalau tengok dgn mata kasar takla nampak kulit kepala aku bermasalah, Hubby aku pun cakap cuma dia perasan aku selalu garu² kepala. Hihi *malu. Yela kepala asyik gatal², rambut banyak gugur. Aku paling takut jadi botak one day sebab aku pernah dengar & baca. Hwaaa takottt.. Tu aku beria nak ke Yun Nam, tapi misi utama aku nakkan produk dia tu je. :P

Eh melalut pulak. So after the scan, biasala dia promote dia punya herbal treatment for dandruff. Harga? RM480. Sekali buat je tau! Hmm ikutkan hati memangla aku nak buat tapi memandangkan aku ni ada suami so aku call la Hubby yg dah merayau entah ke mana. :P Aku suruh Hubby masuk but ktorg decide utk cuci je dulu (yg dapat free dengan voucher RM2 tu :P). Lepas cuci dia scan lagi & tunjukkan dandruff tu memang takkan hilang hanya dengan cucian biasa. So kali ni aku serah kat Hubby la sama ada nak buat treatment tu tak, alhamdulillah Hubby setuju untuk aku buat treatment tu. Hubby pegi buat payment kat kaunter RM480 & aku ke bilik treatment.

Mula² dia sapu herba kat scalp then dia masak. Hehe steam la... for like 15 minutes untuk melembutkan dandruff supaya senang nak rub. Masa dia rub tu mak aihh sakiitt tapi tahan jela. Lepas dah rub seluruh scalp, dia cuci. Lepas tu scan lagi. Guess what??! Tiada lagi kelemumur, kepala rasa ringan & tak gatal dah. Hihi sukanya aku.... Then dia promote pulak full package, after less RM3120 utk 3 bulan treatment. Tiap² minggu kena datang. Boleh buat installment RM87 sebulan tapi kira la berapa tahun baru habis. Haha.. Last² ktorg decide utk ambik dia punya produk je. Produk dia je RM530. o.O And dengan voucher tu dapat free kit, ada 3 item. Saiz kecik jela, macam trial pack.
Ini free kit.
Ini full set.
Aku rasa the outcome is worth the money (mungkin jgk sebab bukan duit aku kot :P). Service pun bagus. Pagi tadi (1 day after the treatment) aku cuci rambut guna produk di atas, rambut gugur tak banyak. Tak macam selalu. Selalu kalau cuci rambut memang banyaklaa rambut gugur, bila sikat gugur lagi. *sigh

Apa pun aku sangat bersyukur dikurniakan suami yg tak kisah berhabis utk aku. Terutama dalam bab kesihatan (kesihatan la ni kan :P). Alhamdulillah memang tak expect Hubby akan setuju dengan treatment tu, dhla baru anta kete utk polish kat tempat parking for RM270. Kira birthday present la tu, birthday aku 27/4 yg lepas. Tak dapat Galaxy Note II pun takpela, kesihatan lebih penting. Hihi.. THANK YOU SAYANG.

Apr 25, 2013

Redakan 'morning sickness'


Walaupun namanya 'morning' tapi tak semestinya berlaku pada waktu pagi je. Ni berdasarkan artikel yang ditulis pakar-pakar, kata-kata doktor & juga pengalaman sendiri. Menurut doctor yang saya jumpa tu, dia cakap rasa mual tu berpunca dari angin or gastric juice dalam perut & also the hormonal changes. Dari pengalaman, memang betul. Bila perut rasa lapar, masa tu la rasa mual tu datang. Sebab tu dicadangkan untuk makan dengan kerap tapi dalam kuantiti yang sedikit. It works for me. Memang takde selera tapi makan je apa apa yang boleh ditelan walau hanya sebiji kurma atau epal. And memang penat sebab baru makan 5 minit, kebulur lagi. Kebulur tau, bukan lapar biasa. Kebulur macam tak makan 24 jam. Huu... And even tengah tido malam malam pun akan terjaga sebab sangat lapar & mual.

And here are a few suggestions proposed by BabyCenter.com
  • Keep simple snacks such as crackers next to your bed & eat a few to settle your stomach before getting up.
  • Eat small, frequent meals & snacks throughout the day so your stomach is never empty.
  • Try protein-rich snacks (such as yogurt or cheese). One small study suggests that foods high in protein may curb nausea more effectively than carbohydrates do.
  • Avoid fatty, spicy & acidic food & those whose smell triggers your nausea.
  • Give yourself time to relax & take naps if you can.
  • Try taking ginger (available in many forms).
Rasa mual sangat memualkan. Hee sangat tak selesa kan? Selamat mencuba & selamat menempuhi kehamilan especially to the first timers like me. Semoga ia menjadi kenangan manis buat kita. ;)

Thanks to BabyCenter.com sebab banyak bagi ilmu pengetahuan. :D

Mommy to be? Whoops!

Alhamdulillah selepas 2 bulan kawen, selesai sudah majlis resepsi di dewan GMI Bangi maka dengan itu selesai lah sudah segalanya. Lega sangat. Syukur semua berjalan lancar. Tapi takleh buat entry majlis sanding & bertandang sebab tengah tunggu gambar dari OP. So skip dulu yang tu, terus ke the next phase of life.

Al kisahnya 3-4 minggu lepas ada la perasan sedikit perubahan pada diri sendiri macam moody tak tentu pasal, asyik nak nangis je, pastu perut lak nampak buncit semacam :O Bila period tak datang pada tarikh sepatutnya, terus ajak hubby ke farmasi beli alat pregnancy test tuh. Memang nervous, perasaan bercampur baur. After test, positif. Hubby terkejut & macam confused but then he hugged me. I know how he felt 'cause I felt the same. We'll go through it together k. :')
For confirmation, kami ke klinik tapi doctor cakap dah nampak line tu cuma kurang jelas so dia suruh datang lagi after 2 weeks. Oklah but I was confident that I'm pregnant. :) Masa majlis resepsi terpaksa control perut supaya tak obvious kebuncitannya. Walaupun sangat baru lagi tapi memang dah nampak buncitnya so pandai pandaila cover. Hee...

After 2 weeks pegi another clinic & got the confirmation. Doctor tu sangat bagus, very thorough explanation.

Alhamdulillah takde alahan, cuma masuk minggu ke-6 ada rasa mual-mual & muntah 2 kali. Kena makan dengan kerap, kalau tak rasa kebulur macam tak makan sehari yang membuatkan rasa mual. Memang takde selera, banyak makan kurma & epal je. Tengah tido pun boleh terjaga pukul 2-3 pagi sebab kebulur & mual. Alhamdulillah hubby bangun sekali & ambilkan kurma, biskut, coklat apa apa yang patut. Huu kesian hubby..

Nak dijadikan cerita last weekend pegi shopping kat butik kawan, kebetulan dia ada buat sale. After shopping tu rasa sihat je takde mual mual, makan pun selera sampai la sekarang. Hihi like mother like daughter. Oops belum tau boboy ke gegirl. ;)

Apa pun doa Mama semoga baby sihat & sempurna kejadiannya. I'm doing my best for you. :)

Feb 28, 2013

TRAGEDI 211212 | The Untold Story

Alhamdulillah dah hampir 3 minggu bergelar isteri. Nikmat yang tak ternilai. Setelah mengenali hati budi for more than 4 years, kami sah sebagai suami isteri. Sebagai manusia normal, semestinya aku mengharapkan cinta antara kami terus utuh & rumah tangga yang kami bina berkekalan hingga ke syurga.

Dalam tempoh kurang lebih 3 bulan tempoh pertunangan, alhamdulillah hubungan kami takde masalah. Cuma kami diduga dengan dugaan paling besar bagi aku & tak mungkin aku lupakan. Benda tu berlaku 2 bulan before my wedding, macam² perkara negatif bermain di fikiran masa tu. Menangis, meratap tak payah cakap la. Tapi alhamdulillah Allah kurniakan ibu bapa, adik beradik & tunang (ketika itu) serta keluarganya yang kuat & banyak memberi sokongan.

AL-KISAH TRAGEDI
Benda tu berlaku pada 21.12.12, tarikh kiamat kononnya. Pada tarikh tu jugak aku sepatutnya ke rumah kakak aku di Seremban untuk membeli barang persiapan wedding aku. Barang pun dah siap pack. Bas pukul 8 malam tak silap aku. Memang petang² boleh dikatakan dah jadi rutin aku sediakan minum petang so petang tu lepas siap pack barang, aku ke dapur untuk goreng nugget. Bila aku ke stove, aku perasan suis/control knob dia tu tak completely off tapi aku langsung tak terfikir something horrible would happen. Just when I pressed the knob api besar terus menyambar sampaikan kabinet kat bawah terbukak & periuk kat sebelah melambung.

Aku terus menjerit dan berlari ke ruang TV di mana family aku sedang tengok TV. Masa tu terasa sangat panas & pedih pada muka, kaki & tangan tapi kesannya tak nampak sangat kecuali rambut & kening aku yang ketara. Rambut dah kerinting², kening dah takde, bulu mata pun dh kontot. Papa terus peluk aku & tak henti sebut "Masya Allah.. Masya Allah.." tapi diorang ingat aku tak pape. Bila aku terus menangis & tak boleh berdiri sebab sakit yang teramat barulah diorang bawak aku ke hospital.

Dah lumrah kat Emergency Room tu ramai orang kan so terpaksa la aku menunggu. Itu pun orang tu dah berusaha percepatkan. Masa menunggu tu Allah je tau betapa seksanya aku menahan kesakitan. Lama² kulit aku mula merah². Then MA basahkan bandage dengan sodium chloride & letak kat kulit aku yang terbakar. Rasa sejuk tapi still sakit so MA tu inject pain killer. Aku taktaula ubat apa yang dicucuk, terus aku rasa pening & rasa sakit pun hilang. Memang pening sangat sampaikan aku terpaksa dipimpin oleh Ma (my mom) untuk keluar dari bilik tu. Doctor suggest aku masuk wad tapi Ma & aku tak setuju sebab susah nanti. Doctor tu cakap ok cuma keesokannya aku kena pergi hospital lagi untuk diorang cuci. Kesan ubat tu memang kuat. Balik rumah aku terus tido tak sedarkan diri. Huu...

Hm kalau nak cerita memang panjang, ni pun dah terlebih panjang so setakat tu jelah. Tapi ceritanya macam tu la. Dugaan tu sangat besar bagi aku. Redha itu memang mudah dilafazkan tapi sukar diikhlaskan dalam hati tapi aku terus muhasabah diri & berdoa. Alhamdulillah kemurungan aku tak berlarutan & alhamdulillah kulit aku beransur pulih. Wedding aku jugak berjalan lancar seperti dirancang.

Di sebalik ujian tu, aku bersyukur sebab dengan ujian tu aku nampak keikhlasan suami aku menerima aku seadanya. Walaupun masa tu muka aku buruk sampai aku sendiri tak ingin tengok muka aku di cermin, anak sedara aku takut tengok aku tapi si dia datang melawat aku bersama keluarganya & tetap tenang serta tak putus² memberi aku sokongan. Syukur pada-Mu ya Allah atas kehadirannya dalam hidup aku & terima kasih Sayang atas ketulusan hati Sayang selama ni menerima B seadanya. Semoga hubungan kita diberkati Allah & kekal bahagia hingga ke syurga.

Sekian, terima kasih.

*Lesson of the story: Pastikan anda tutup dapur gas dengan sempurna.  

*Tragedi ni hanya diketahui family & saudara mara terdekat, kawan aku sorang pun taktau kecuali diorang baca entry ni. That pretty much explains the title.  

Review E-Day | DIY Baju, Hantaran & Hand bouquet

Entry ni sambungan dari entry sebelumnya Review Pelamin.

Sekarang tersangatla malas nak update blog, so nak buat review ringkas & padat je. Ok on your mark, get set, GO!

BAJU
Idea nak buat maxi dress datang sebab dah jadi trend sekarang kan. Untuk baju ni, beli kain satin biasa je then tambah lace & manik sket. Kos yang mahal manik jela, RM100+ kalau tak silap.
engagement pertunangan
Baju dah renyuk. Hee..
DIY engagement pertunangan

HANTARAN
Hantaran digubah oleh my big sister. Harapkan adik dia ni memang hancuss la. Hehe.. Jom tengok hasilnya.
DIY engagement pertunangan

DIY engagement pertunangan

DIY engagement pertunangan

HAND BOUQUET
Hand bouquet pulak digubah oleh my sis-in-law. Asalnya nak buat bunga menggunakan crepe paper & gubah sendiri. Dah buat dah bunga beberapa kuntum, holder with sponge pun dah beli. Cucuk punya cucuk sampai hancur span tu. Kalau dah takde seni tu apa pun tak bleh.... T_____T
engagement pertunangan

Ok sekian saja. Untuk review DIY dais/pelamin sila klik sini. Daa~