Jan 30, 2012

Seriuskah Si Dia?

Kenal sudah hampir 5 tahun, berkawan rapat sudah masuk tahun ketiga & berkasih sayang hampir setahun lamanya, namun sudahkah kamu mengenali ketelusan isi hati sang teruna? Betulkah si dia mahukan sesuatu yang kekal berpanjangan? Jom ketahui tanda-tanda utama yang menunjukkan si dia serius terhadap sesuatu perhubungan.

1) Perkenalkan keluarga & sahabat
Lelaki yang memandang berat terhadap perhubungan akan cuba untuk memperkenalkan pasangan kepada ahli keluarga & rakan taulan yang rapat dengan dirinya. Ini menunjukkan bahawa mereka menganggap pasangan seorang yang penting & bermakna dalam hidup. Kebiasaannya, seorang lelaki akan cuba untuk menyembunyikan hubungan yang mereka rasakan tidak serius. Ini bagi mengelakkan perspektif negatif yang mungkin timbul daripada kaum keluarga. Namun sekiranya mereka mempunyai alasan kukuh untuk tidak memperkenalkan kepada ahli keluarga, misalnya masa yang tidak kena atau keadaan yang tidak mengizinkan, sang kekasih pula perlu cuba untuk memahami situasi tersebut. Tapi tak dinyatakan pulak contoh keadaan yang tidak mengizinkan tu. Hee...


2) Mengambil berat
Sudah menjadi tanggungjawab seorang lelaki untuk menjaga kaum hawa. Sekiranya sang arjuna mengambil berat terhadap setiap perkara yang kamu lakukan, itu menunjukkan bahawa mereka benar-benar serius terhadap perhubungan itu. Ini kerana kebiasaannya, lelaki yang hanya berminat terhadap hubungan jangka pendek tidak akan mempedulikan apa yang dilakukan oleh pasangan mereka. Tiada rasa tanggungjawab wujud terhadap diri kamu timbul dalam sanubari. Ada kemungkinan juga si jejaka belum bersedia untuk berkongsi hidup lantaran hubungan yang dijalinkan berkisar untuk menghilangkan kesunyian diri. Tiba saat apabila tidak lagi sunyi, kamu mungkin akan ditinggalkan pula.

3) Lebih mengingati
Seorang lelaki yang serius terhadap sesebuah perhubungan akan sentiasa berusaha memenangi hati pasangannya. Apabila si dia berusaha keras & fokus pada setiap perkataan yang diluahkan, ia menunjukkan bahawa setiap rintihan adalah amat penting. Juga sebagai bukti yang tidak disampaikan melalui kata-kata, kejerihan lelaki menghargai kehadiran teman istimewa dalam kehidupan mereka. Selain itu, cara ini juga digunakan untuk mengenali diri kekasih dengan lebih mendalam. Bukan senang tau untuk seseorang lelaki mengambil sedikit masa mengimbau & mengenang kembali kenangan lama apatah lagi sesuatu yang dirasakan penting bagi kamu.

4) Berkongsi masalah
Lumrah seorang lelaki, sukar untuk berkongsi masalah terutamanya yang melibatkan masalah peribadi. Mereka hanya akan berkongsi masalah dengan orang yang mereka betul-betul percaya sahaja. Sekiranya si dia sudah bersedia untuk berkongsi masalah, ini merupakan petunjuk bahawa si dia sudah mula mempercayai & menerima kamu sebagai sebahagian daripada hidup. Tetapi awas! Kamu perlu bijak untuk mengesan sama ada luahan hati itu sebetulnya ikhlas atau hanya cuba untuk menagih simpati. Berhati-hatilah kerana seorang lelaki tidak akan menceritakan segala masalah jika baru sehari dua perkenalan kerana kebiasaannya ia akan mengambil masa yang lama. Jika pada permulaan perkenalan pelbagai masalah dikongsi oleh si dia, kamu seharusnya lebih berhati-hati.

Oh suria! Percayalah pada isi hati & naluri kamu. Jangan bertindak terlalu terburu-buru. Tiada gunanya mendambakan diri kepada yang tidak menghargai & tidak menganggap kamu sebagai seorang yang penting. Ingatlah bahawa kamu juga berhak berasa istimewa!

Dipetik dari majalah Remaja Bil. 611 (1 Februari 2012)

Keliru? Was-was? Solat istikharah & doa mungkin dapat membantu, insyaAllah. =)

Jan 27, 2012

Mimpi ngeri kembali lagi

Assalamualaikum & g'day!

Duh kejap je dah seminggu berlalu. Kalau duk rumah memang kejap je rasa kan? Rasa baru je putera puteri kesayangan menyambut kepulangan aku, rasa baru je aku bergurau senda dgn diorg.

Paling best malam pertama aku tido, esok pagi bunyi alarm utk solat Subuh aku tersedar & terbayang rutin yg selalu aku buat kt rumah sewa. Bangun, turun dari katil, jalan ke pintu, keluar bilik, ambik toiletries, mandi, solat bla bla bla... Rasa down gile, tetiba baru teringat aku kat rumah!!! Terus bersemangat nak bangun! Tak pernah kot aku alami benda camtuh. Mungkin stressed sangat duk JB tuh & susah nak balik, tak macam time blaja dulu.. Ya Allah, Dia je tau perasaan aku masa tuh. Over excited! Dahla kakak, abang dgn anak sedara semua balik, adik je yg tak balik sebab banyak assignments katanya. Bukan senang nak berkumpul macam tu. Huu...Tapi seminggu dah berlalu. Esok pagi aku akan balik ke JB. Semoga Allah bagi aku kekuatan utk teruskan kehidupan yg sangat tak best kat JB tuh. *sobsob* Opss orang JB jgn marah, bukan JB tak best tp dah namanya merantau kan, pastu pulak first time keje biasalah mesti stressed je manjang! Hwaa...

Dah namanya hidup, dalam suka pasti ada duka vice versa. Memang ada perkara yg melukakan hati & perasaan aku dalam seminggu ni tapi aku rasa aku dah cukup matang utk berfikiran positif (walaupun nangis sampai mata bengkak *lol*). Aku percaya setiap yg berlaku ada hikmahnya & He knows best. Apa pun yg berlaku never give up, keep praying & have faith in Him. InsyaAllah pelangi akan muncul nanti. =D
Aryan dah berjalan, berlari & sepak bola!!
3 sekawan~
Si pembuli cilik

Jan 26, 2012

I Won't Give Up



When I look into your eyes
It's like watching the night sky
Or a beautiful sunrise
There's so much they hold
And just like them old stars
I see that you've come so far
To be right where you are
How old is your soul?

I won't give up on us
Even if the skies get rough
I'm giving you all my love
I'm still looking up

And when you're needing your space
To do some navigating
I'll be here patiently waiting
To see what you find

'Cause even the stars they burn
Some even fall to the earth
We've got a lot to learn
God knows we're worth it
No, I won't give up

I don't wanna be someone who walks away so easily
I'm here to stay and make the difference that I can make
Our differences they do a lot to teach us how to use
The tools and gifts we got yeah, we got a lot at stake
And in the end, you're still my friend at least we did intend
For us to work we didn't break, we didn't burn
We had to learn how to bend without the world caving in
I had to learn what I've got, and what I'm not
And who I am

I won't give up on us
Even if the skies get rough
I'm giving you all my love
I'm still looking up
Still looking up.

I won't give up on us (no I'm not giving up)
God knows I'm tough enough (I am tough, I am loved)
We've got a lot to learn (we're alive, we are loved)
God knows we're worth it (and we're worth it)

I won't give up on us
Even if the skies get rough
I'm giving you all my love
I'm still looking up

This song means a lot, it's like the voice of my heart.

Jan 24, 2012

Ya Allah, andainya....

Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.

Ya Allah,
Andai aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Andainya dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.


Ya Allah,
Dan andai dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepada-Mu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.


Ya Allah,
Andai ini bukan masanya,
Andai ini belum saatnya,
Dan andai Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tidak mengundang murka-Mu,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati kami beroleh redha Ilahi.


Ya Allah,
Andai dia bukan untukku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang terbaik buat kehidupannya dunia dan akhirat,
Insan yang mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.


Jan 16, 2012

Tips khusus untuk lelaki!

Assalamualaikum..

Let's do some sharing today! Khusus kepada para lelaki,  tips macam mana nak menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap pasangan atau nak menasihati pasangan. Maybe ramai ambik jalan mudah dengan memendamkan je sebab takut gaduh, betol tak? Cara tu tak betol sebab apa yang terpendam tu ibarat bom jangka masa. Betol ke istilah tu? Paham² sendiri lah ek. Lama² akan meletup then terjadilah break-up, divorce etc. Nauzubillah...


Ni personal view saya lah kan. Saya pun sebenarnya memang seorang yg suka memendam rasa sebab saya memang tak pandai nak meluahkan isi hati tapi saya cuba jugak walau bukan dengan cara verbal. It isn't as good as doing it verbally & I'm trying my best to improve myself. Eh cakap pasal diri sendiri pulak. Pfft...


Ok tips kepada lelaki kalau nak meluahkan rasa hati.


1) Pilih tempat & masa yg sesuai. Tempat yg romantik lagi bagus lah. Tempat romantik tu tak semestinya tempat yg mahal, paling penting ada privacy & tenang je tempat tu. Masa pulak jgn la pilih time tgh rush, ambik masa yg secukupnya, seharian pun takpe. Avoid doing the talk while driving & if possible elakkan sebarang gangguan macam bunyi henpon etc. =)


2) Paling penting use soft voice. Jangan marah² or tinggikan suara, cakap dengan lembut macam masa tengah ngorat dulu². Barulah lembut hati pasangan untuk terima teguran kamu. Lagi bagus selain bagi teguran/nasihat tu selitkan dgn pujian. Macam mana? Itu skill kena blaja bang... Hee


3) Kepada yg dah berkahwin, masa tengah luahkan ketidakpuasan hati tu peganglah tangan isteri & look into her eyes. Bukan susah nak cairkan hati seorang wanita kalau tau caranya, tak perlu wang ringgit harta benda. ;)


4) Whatever you are trying to say, for any reasons, NEVER, NEVER, NEVER compare your girls to anyone else! Kalau kamu buat camtu bukan akan selesai masalah tapi akan menambahkan lagi. Tak kiralah sape orang yg kamu compare tu, so don't try this at home or anywhere else. Memang mudah memaafkan tapi tak mudah melupakan.

5) After dah luahkan isi hati tu & si dia berkemungkinan besar akan rasa kecewa, sedih etc. kamu buatlah something yg romantik  sebagai follow-up. Buat surprised candlelight dinner ke, bagi hadiah ke. Oh romantiknya... Boleh pengsan pasangan kamu tuh tawu! =D


6) Yg terpaling penting (ok sori merosakkan bahasa)banyakkan berdoa. Allah yg 'memegang' hati² kita so mintaklah pada Dia supaya lembutkan hati pasangan kita untuk terima teguran & nasihat kita & bukakan pintu hati dia untuk berubah ke arah kebaikan. Kalau kita mintak ke arah kebaikan insyaAllah Dia tak akan hampakan kita. 

Perempuan ni memang mudah cair. Saya yg keras hati ni pun mudah cair, apatah lagi wanita² lain. Dengan soft voice pastu suami pegang tangan pulak kompem cair punya lah. Hihih tak sabanye nak kawen.. ;p


Tak rugi pun beromantika dgn pasangan asal tak melampaui batas bg yg belum berkahwin
Gambar hiasan semata

GOOD LUCK GENTLEMEN!

Jan 14, 2012

Surprise & photoshoot @ FM Clique

Fuhh dah lama nak update tapi tak terupdate disebabkan kemalasan terlampau walaupun hari² rasa ada something untuk diconteng sebagai kenangan. 


Oklah papepun nak cite jugak al kisah last weekend i.e on the 7th & 8th of January. If I'm not mistaken Jumaat malam Mr Chipmunk bagitau geng KudaLauts (geng diorg & couple masing²) nak buat photoshoot kat Shah Alam. Adoii seriously I don't like last minute plan so I told him I couldn't make it. Masa tu memang rasa taknak pegi tapi after that & the next day (Saturday) pikir² balik rasa bersalah pulak mengecewakan orang tersayang. Aww~


Dipendekkan cite I decided to go there with the help of our friends. Last minit gile, memang agak kelam kabut & nebes sebab 1st time naik bas dari JB ke KL, sorang² pulak tuh tapi redah jelah. Alhamdulillah selamat. Malam tu dalam pukul 11 malam sampai Kajang & the friends asked me to wait at Mc D while they went to pick him up & surprise!! Hee last week dia yg buat surprise datang ke JB (dalam entry ini), bak kata membe dia "taknak hutang lama²". ;p

Tapi deep inside my heart ada rasa bersalah gak sebab dah menyusahkan diorang & almost ruined their plan. Masa tu rasa nyesal lak buat camtu. Zzzz tapi apa nak buat, benda dah jadi. I wasn't interested at all dengan photoshoot tu, dalam kepala just to make him happy & I really hope I did.

Ok now cite pasal photoshoot tu. Photoshoot tu dibuat di FM Clique kat Shah Alam. Hmm it's a new experience to me sebab sebelum ni memang tak pernah pun bergambar kat studio kecuali ambik gambar passport. =.= The studio is very simple, whether it's new ke memang semua studio camtu I'm not sure lah sebab berselerak & kosong & takde aircond. Panas yg amat. Why am I not interested or excited? Sebab semua yg terlibat tu sebenarnya membe Mr Chipmunk so I don't really know them yet, yelah jumpa pun setahun sekali (kot). Nak pose pun segan. Kalau dgn membe sendiri musti best gile bergaya. Hikhik.. Nak letak gambar pun takde sebab tak bawak perkakasan untuk transfer. Will update later, kalau teringatlah. =D

Melalut lak. After photoshoot tu ramai² lunch kat Restoran Killiney. Ktorg pilih port kat luar lagi best, dengan angin sepoi² bahasa. Heheh memang cuaca masa tu mendamaikan jiwa.
Gambar curi dari blog ini
Ini bukan gambar curi
After lunch terus ke bus station & dapatkan tiket. Sebelum berangkat we had a heart-to-heart talk. Cehh.. Even though it hurts a bit but it's important for the future. ;D

Sampai rumah, mandi, solat & terus tido. Kepenatan & kemengantokan yg amat. Iron uniform pun tak sempat. Zzzzz............

Jan 1, 2012

Good job twenty-twelve!

Hwaaa 2011 dah meninggalkan kita. Papepun syukur masih bernyawa hingga ke saat ini. Alhamdulillah.. And syukur jugak 2012 has made a good start. Could it mean something? I hope so & won't stop praying. *wink*

Semalam pegi JJ dengan girlfriends, memang niat nak cari handbag. Masuk je JJ terus nampak 1 handbag yg menawan hati. Design simple je but I love it. Tapi bila tengok harga, "Mak aihhh... RM589??" Berpinar jap mata. @_@ Ada sale la 70% tapi still, as a student rasa tak berbaloi je nak spend almost RM200 for a handbag. Lastly balik tangan kosong je. *sobs*

Having steamboat @ Johny's
Ok saya senyum pelik, untuk mengelakkan nampak bulat =.=
Control cun pdhal tak cun pon
Zzzz...
Balik rumah dalam pukul 6 lebih. Dipendekkan cite tiba² Mr Chipmunk & 2 org kawan dah ada depan rumah. What? Walaupun sebelum tu ada a few things yg menimbulkan curiga & syak wasangka tapi tak sangka la betol sebab dah malam kan, sebelum ni kalau datang dia datang dalam tengahari camtu. Haihh suka betol buat orang kelam kabut. ;p 

Apa lagi bersiap ekspresss, then keluar makan kat Stulang. Pastu kunun nak pegi lepak kat Danga Bay tapi mak aii ramai gile orang, tak laraaat.. Ktorg tak pernah pun merancang atau teringin nak sambut new year, just kebetulan diorang datang pada malam new year. Aku pun tak paham kenapa orang beria sambut new year. Tak kesahlah kan, masing² punya hal. Heheh.. Then tukar plan nak pegi uptown, dah sampai baru berangan nak shopping tudung. Pheww kuciwa, ramai gile jugak manusia. Pastu nak lepak kat tepi laut je, pon full! Hadoii last² balik rumah tido je. Huu...

Keesokan hari i.e hari ni baru keluar lagi. Eh eh same pulak warna baju dengan Mr Chipmunk, hijau! Dah banyak kali kot camtu. Hihih I like~ *gedik* Pegi breakfast then pegi JJ again. Hihih.. Layan movie The Darkest Hour yg membosankan & shopping. Masa tengok movie tu ada something that I'll always keep in mind. What he said meant a lot to me. =)

Another best part of the first day of 2012 was, I GOT THE HANDBAG!! Cess poyo je, macam la handbag beriban. Ah suka hati lah. Aku bukan peminat handbag & tak pernah beli handbag mahal. Paling mahal pun Roxy kot, tu pun masa kat Australia so kurang mahal sket la kot dari kat sini. Hee.. Ala lagipun umur pun dah meningkat so teringin jugakla nak bergaya macam wanita berkerjaya kan walaupun student lagi. Pfft... Brand? Aku tak kesah pun pasal brand. Handbag tu brand Hilly. Aku pun tak pernah dengar. Kahkah lantaklah yg penting aku suka & lagi pulak orang belikan. Lalala bukan aku paksa oke~ ;p
Inilah dia Cik Hilly!
Simple je tapi saya suka~

Ok lastly HAPPY NEW YEAR everyone! Azam tahun ni? Nak kawen. Aamiiiin.. =D

O God, I know You are listening all the time & You know how thankful I am to have him in my life. He's the greatest gift I've ever had, please please please protect & take good care of him. Never let him down & bless him with all the good things.

"We are not giving up."