Jan 30, 2012

Seriuskah Si Dia?

Kenal sudah hampir 5 tahun, berkawan rapat sudah masuk tahun ketiga & berkasih sayang hampir setahun lamanya, namun sudahkah kamu mengenali ketelusan isi hati sang teruna? Betulkah si dia mahukan sesuatu yang kekal berpanjangan? Jom ketahui tanda-tanda utama yang menunjukkan si dia serius terhadap sesuatu perhubungan.

1) Perkenalkan keluarga & sahabat
Lelaki yang memandang berat terhadap perhubungan akan cuba untuk memperkenalkan pasangan kepada ahli keluarga & rakan taulan yang rapat dengan dirinya. Ini menunjukkan bahawa mereka menganggap pasangan seorang yang penting & bermakna dalam hidup. Kebiasaannya, seorang lelaki akan cuba untuk menyembunyikan hubungan yang mereka rasakan tidak serius. Ini bagi mengelakkan perspektif negatif yang mungkin timbul daripada kaum keluarga. Namun sekiranya mereka mempunyai alasan kukuh untuk tidak memperkenalkan kepada ahli keluarga, misalnya masa yang tidak kena atau keadaan yang tidak mengizinkan, sang kekasih pula perlu cuba untuk memahami situasi tersebut. Tapi tak dinyatakan pulak contoh keadaan yang tidak mengizinkan tu. Hee...


2) Mengambil berat
Sudah menjadi tanggungjawab seorang lelaki untuk menjaga kaum hawa. Sekiranya sang arjuna mengambil berat terhadap setiap perkara yang kamu lakukan, itu menunjukkan bahawa mereka benar-benar serius terhadap perhubungan itu. Ini kerana kebiasaannya, lelaki yang hanya berminat terhadap hubungan jangka pendek tidak akan mempedulikan apa yang dilakukan oleh pasangan mereka. Tiada rasa tanggungjawab wujud terhadap diri kamu timbul dalam sanubari. Ada kemungkinan juga si jejaka belum bersedia untuk berkongsi hidup lantaran hubungan yang dijalinkan berkisar untuk menghilangkan kesunyian diri. Tiba saat apabila tidak lagi sunyi, kamu mungkin akan ditinggalkan pula.

3) Lebih mengingati
Seorang lelaki yang serius terhadap sesebuah perhubungan akan sentiasa berusaha memenangi hati pasangannya. Apabila si dia berusaha keras & fokus pada setiap perkataan yang diluahkan, ia menunjukkan bahawa setiap rintihan adalah amat penting. Juga sebagai bukti yang tidak disampaikan melalui kata-kata, kejerihan lelaki menghargai kehadiran teman istimewa dalam kehidupan mereka. Selain itu, cara ini juga digunakan untuk mengenali diri kekasih dengan lebih mendalam. Bukan senang tau untuk seseorang lelaki mengambil sedikit masa mengimbau & mengenang kembali kenangan lama apatah lagi sesuatu yang dirasakan penting bagi kamu.

4) Berkongsi masalah
Lumrah seorang lelaki, sukar untuk berkongsi masalah terutamanya yang melibatkan masalah peribadi. Mereka hanya akan berkongsi masalah dengan orang yang mereka betul-betul percaya sahaja. Sekiranya si dia sudah bersedia untuk berkongsi masalah, ini merupakan petunjuk bahawa si dia sudah mula mempercayai & menerima kamu sebagai sebahagian daripada hidup. Tetapi awas! Kamu perlu bijak untuk mengesan sama ada luahan hati itu sebetulnya ikhlas atau hanya cuba untuk menagih simpati. Berhati-hatilah kerana seorang lelaki tidak akan menceritakan segala masalah jika baru sehari dua perkenalan kerana kebiasaannya ia akan mengambil masa yang lama. Jika pada permulaan perkenalan pelbagai masalah dikongsi oleh si dia, kamu seharusnya lebih berhati-hati.

Oh suria! Percayalah pada isi hati & naluri kamu. Jangan bertindak terlalu terburu-buru. Tiada gunanya mendambakan diri kepada yang tidak menghargai & tidak menganggap kamu sebagai seorang yang penting. Ingatlah bahawa kamu juga berhak berasa istimewa!

Dipetik dari majalah Remaja Bil. 611 (1 Februari 2012)

Keliru? Was-was? Solat istikharah & doa mungkin dapat membantu, insyaAllah. =)

12 otobots membebel:

yayanlalah said...

ehem2 sila praktikkan ya =P

Unknown said...

@izyan genit ye, sila ye jejaka2 sekalian =D

cikorked said...

hehe cam ada pengalaman jer hehe =)

Unknown said...

@maizatul azrina Yaakob haha copy paste je ;p

Zam said...

bw kat sini.. :) jemput singgah ke blog Zam time free ;)

Eein Azryn said...

susah nak cari lelaki yang lebih mengingati. hehe. :D

anak-jelex said...

kunjungan hangat.. kunjung balik ya. jangan lupa follownya.. :D

mustapa kamal said...

menarik artikel ni..like like

Unknown said...

@mustapa kamal like like jgk~ =D

Unknown said...

@Eein Azryn setuju!

Razif Redz said...

saya suka dengan yg no.4

Unknown said...

@Razif Mokji suka means setuju lah kan? =D