Oct 23, 2011

Soal Agama | Zihar


Assalamualaikum...


Hmm korang tau tak apa itu 'zihar'? Sebenarnya BB baru terbaca a few days ago tentang zihar ni. Honestly sebelum ni BB tak penah tau & tak penah dengar pun 'zihar' ni. Jahilnya diriku. Penting bagi semua umat Islam tau & faham apa itu zihar especially kepada yang dah berumahtangga. Mungkin ada dalam kursus kawen, BB taktaulah sebab belum penah pegi kursus kawen lagi. Hee..


Zihar bermaksud "suami menyamakan isterinya dengan ibunya atau seseorang yang haram dikahwini". BB rasa BB tak layak nak membincangkan soal ni, jadi untuk keterangan lanjut sila rajinkan diri buat research atau bertanya pada yang berilmu.


Cuma BB harap kita semua tau lah apa itu zihar sebab kalau jatuh hukum zihar, haram bagi suami isteri itu bersetubuh. Kalau kurang pengetahuan takut nanti jadi zina pulak. 


Contoh:


"Muka Ayang ni saling tak tumpah macam muka ibu abang."


"Bang, betul ke rupa saya ni macam rupa anak kita?"
"Ya."


"Jari awak yang runcing ni saling tak tumpah macam jari mak abang tu."


Kifarah mengikut keutamaan bila jatuh hukum zihar:


1) Membebaskan (memerdekakan) seorang hamba Muslim.
2) Berpuasa 2 bulan berturut-turut.
3) Memberi makan 60 orang miskin dengan secupak beras setiap seorang atau  dinilaikan harga makanan tersebut.


Kepada yang kurang pengetahuan atau langsung taktau pasal zihar ni, silalah rujuk pada yang pakar. Benda ni nampak remeh tapi implikasinya sangat besar so jangan ambil mudah oke! ;D


"Belum jatuh zihar kalau baru terdetik di hati kerana syarat zihar itu dengan berlafaz. Jadi sebagai suami kenalah berhati-hati bila melihat tubuh isteri. Sekiranya ada yang serupa dengan ibunya atau ibu saudaranya atau dengan anak perempuannya mahupun lain-lain muhram suami, jangan sekali-kali dilafazkan dengan mulut."


Sumber:
Halaqah.net
Teratak Ilmiah

0 otobots membebel: