Jul 30, 2011

Ramadhan Datang Lagi!!

Pesanan Jibril a.s. kepada Rasulullah s.a.w. ketika hadirnya Ramadhan:

"Jangan tinggalkan bermohon maaf dengan tiga golongan ketika hadirnya Ramadhan:
Pertama, mohon maaf dari kedua ibu bapamu.
Kedua, mohon maaf sesama suami dan isteri.
Ketiga, mohon maaf daripada keluarga, sahabat handai dan mereka berada di sekelilingmu."


Ingat ye, meninggalkan puasa tanpa uzur syarie adalah 1 dosa besar.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud,”Sesiapa berbuka satu hari pada Ramadhan tanpa ada ruksah (keringanan) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat menggantikan puasa ditinggalkan itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup.”

Source: Dfadzly
Di dalam Syurga terdapat satu pintu bernama Ar-Rayyan khusus untuk orang-orang berpuasa.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud,
”Sesungguhnya di dalam Syurga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang-orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Tidak boleh masuk bersama mereka seorang pun selain mereka. Kelak akan ada pengumuman: Di manakah orang yang berpuasa? Mereka berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah seorang yang terakhir dari mereka masuk. Pintu itu ditutup kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya.”(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ahlan wasahlan ya Ramadhan! Salah 1 ciri ahli neraka ialah rasa susah hati bila Ramadhan datang. Haa anda susah hati? Hehe kidding.. Semoga kita menyambut Ramadhan dengan hati yg ikhlas & penuh kesyukuran. Jom sama² kita manfaatkan bulan yg mulia ni utk melayakkan diri menyambut Syawal. *wink*

Sumber: Abu Basyer

0 otobots membebel: