
Tadi lepas sahur sementara tunggu Subuh, abang BB bukak TV tengok bola then dia tukar channel. Bukak TV Alhijrah. Rasanya ni first time kot BB tgk Alhijrah, almaklumlah duk hostel katakan. Malas nak pegi bilik TV walaupun ada Astro dengan aircond bagai. Lepas habis rancangan Ihya' Ramadhan, ada 1 lagu Arab best sangat so BB layan jela sebelum tukar channel. Tup tup rupanya lagu tu lagu tema untuk rancangan Law Ka Na Bainana.
Memula tengok kat info memang no idea lah rancangan apa sebab tak belajar bahasa Arab. Isk..Alhamdulillah tergerak hati untuk stay kt channel tu. Memang rancangan tu sangat best sampai taknak berganjak dari depan TV. Serius. Kepada sesiapa yg belum pernah dengar atau tengok, rancangan tu sebenarnya rancangan realiti dakwah kt negara Arab yang bertujuan mendidik masyarakat Arab mencontohi akhlak Rasulullah s.a.w.
BB sangat kagum dengan diorg dari segi penghayatan Islam diorg. Bila hos sebut 'Rasulullah' je diorg memang akan berselawat dengan kuat (tak macam kita, selawat dalam hati kononnya). And rancangan tu memang berjaya buat BB rasa nak nangis, bergenang dah tapi control sebab abang ada.
Masa tu hos tu tanya seorang hamba Allah ni, apa yang dia akan cakap kalau Rasulullah s.a.w ada kat depan dia masa tu. Orang tu macam tergamam & dia cakap dia akan cium tangan & kaki Rasulullah then dia menangis. BB masa tu pun membayangkan benda sama & memang rasa nak nangis. 
Lagi 1 situasi, kt sebuah kedai ada sorang budak lelaki datang nak beli something la tapi masa tu ada orang tua datang & si penjual tadi mendahulukan orang tua tu. Budak tu tak puas hati then hos & budak tu pegi jumpa penjual tu & terangkan la pada penjual tu. Dalam situasi tu sebenarnya nak bagitau betapa Rasulullah s.a.w kasihkan kanak-kanak & tak suka orang yang menzalimi kanak-kanak tapi yg buat BB sebak tu bila hos tu tanya penjual tu apa dia akan buat kalau Rasulullah s.a.w ada kat depan dia. Penjual tu cakap dia akan tinggalkan semua kerja & segera bersolat sebab dia kata dia tak pernah solat. Masa tu nampak kekesalan di wajah penjual tu then hos tu bagi sebuah buku kt penjual tu.
Another situation, hos sendiri menangis bila dia menceritakan kisah Rasulullah s.a.w kepada seorang hamba Allah dalam masjid. Kisah tu tentang betapa Rasulullah s.a.w sedih & kecewa bila tengok ada kesan ludah pada dinding masjid lalu datang seorang wanita membersihkan kotoran tu & diletakkan wangian kat situ & Rasulullah s.a.w berkata maksudnya, "Alangkah cantiknya." Masa tu hos melawat sebuah masjid yang memang sangat cantik & moden, 5 bintang punya masjid. Hos tu bgtau org tu kalau Rasulullah s.a.w masih ada, tentu Baginda akan berkata, "Alangkah cantiknya."
BB rasa rancangan tu sangat memberikan kesan tapi kalau nak buat kt negara kita ni memang agak payah kot tapi tak mustahil. Kalau korang belum tengok, boleh search je kt YouTube oke. Sama-sama kita amek iktibar & perbaiki diri insyaAllah.

Untuk full video lagu tema klik sini. Kualiti video tak berapa bagus tapi tu je video full yg BB jumpa. Sound ok by the way.
Untuk download MP3 klik sini. First time upload MP3, kalau tak jadi bgtau eh. =.=
Law Ka Na Bainana
InsyaAllah sama-sama berusaha yang terbaik.
Beli tudung je. Sekarang tgh gila tudung. Padahal dh ada shawl utk 1 baju raya tuh tapi beli lg. Isk.. Lagi 1 tudung paruh utk baju baru beli. Hee.. Usha slipper & sandal gak tp sebab nanti nk shopping lagi so postpone dulu lah, takot ada yg lagi cun nyesal lak beli awal
Sgt kantoi la di situ kn sbb takde wakil yg keluar. Lecturer sume pandang ketua kelas, senyum jela dia. 
So pegi la jumpa & sepatutnya kena saman tapi alhamdulillah dapat last warning je. Tu pn lecturer tu cakap je, takde surat apa pun. Hihih selamat duit shopping ktorg.
Ok panjang lebar lak entry nih. Daa dee doo~ 
Lama gila kot kt kedai tuh, dhla kedai dh nk tutup. Lepas satu, satu try tp takde satu pn yg kene size. Lastly dh serba salah sbb nyusahkan org tu, ingat nk beli je tp org tu cm paham je dilema dalam hatiku. Dia cakap jgn paksa diri, kalau beli menyeksa diri buat apa. Hmm btol gk, skrg ni pn dh byk kasut/slipper/sandal yg beli tp tak pakai.


Hehe.. Air tebu pun sodaaap, terasa keasliannya. Peniaga tu cakap itu patinya, balik tambah ais je. Hehe tp betol la kot sbb air tebu tu tak macam kebanyakan air tebu lain yg kebanyakannya dh terlebih air kosong


Dalam pkul 5 lebih Mr Chipmunk & Kak & Abg A sampai. Bertolak lah kami ke destinasi. Around 6pm dh sampai, so pegi confirm booking dulu then pegi bazar dekat
Kena buat separuh





