Sahur Nasi putih + Sotong rebus/singgang + Ayam percik + Nescafe panas
Berbuka Home-made nasi ayam + Somtam + Kerang rebus + Murtabak + Popia kering & basah + Kuih akok + Buah tanjung + Tembikai + Air tebu + Teh ais
Alhamdulillah dikurniakan rezeki melimpah ruah + 1 big family berkumpul, memang seronok sangat. Dapat menikmati nasi ayam hasil air tangan Ma, memang the best in the world lah! Ditambah dengan gelagat si comel Adam yang tak henti berceloteh & Aryan yang tak dok diam memang menghiburkan hati. Tak sabar nak ada anak sendiri. Lalala~
Tak sabar nak tengok baju raya yang dijangka siap esok. Lusa nak balik kampung dah. Macam biasa, sehari or 2 hari sebelum raya balik kampung then petang raya pertama balik rumah. Dulu masa arwah atok & nenek belah ayah masih ada, 2 hari raya kat kampung then raya kedua baru balik rumah. Hmm semoga arwah atok & nenek bahagia di sana. Aamiiiin...
So mungkin ni entry terakhir sebelum raya. Dalam kesibukan & keseronokan membuat persiapan raya, jangan abaikan keistimewaan bulan Ramadhan. Manfaatkan sepenuhnya hingga ke penghujung oke, rajinkan & kuatkan diri untuk bangun malam & solat sunat. Mintak apa yang nak mintak, insyaAllah dimakbulkan especially ampun. Semoga dengan berkat bulan yang mulia ni, taubat kita diterima Allah & mulakan hidup baru yang lebih baik dari yang sebelumnya, insyaAllah.
Seingat BB seorang Ustaz pernah cakap, maksud Eidulfitri tu sendiri adalah kembali kepada fitrah. Fitrah kita suci kan, macam kain putih so janganlah kita kotorkan balik sesudah kita menyucikan. InsyaAllah sama-sama berusaha yang terbaik.
Selamat Hari Raya Aidilfitri to all. Mintak ampun & maaf atas segala salah & silap.
Terima kasih ya Allah kerana mengurniakan kami kesihatan & umur yang panjang untuk kami sempurnakan ibadah di bulan yang mulia ini. Semoga kami diberi kesempatan untuk bertemu lagi bulan yang penuh rahmat ini. Aamiiin...
0 otobots membebel:
Post a Comment