Dec 31, 2011

Balik kampung!!

Yeayy dah beli tiket! After keje tukar baju, solat etc then terus amek bas ke Larkin. Hantar kawan naik bas balik kampung & beli tiket balik kampung raya cina nanti. Fuh seb baik tak terlambat, last kot tiket. Seat depaaan sekali, seb baik tak dok sebelah driver je. Huu sabor jelah tapi lebih baik dari belakang sekali kan? Kalau belakang sekali hampir pasti akan muntah. =.=

Plan asal nak cari tudung keje tapi disebabkan very poor service kat food court stesen bas Larkin tuh, kedai sume dah tutup. Tak sempat beli tudung. Hwaaa... Lain kali kalau nak makan kat food court tuh pegi order then pegi shopping baru datang balik untuk makan. T_T

Inilah food court itu

Dec 25, 2011

BFF's outing!

Fuhh syioknye kua jenjalan dengan housemates! Yang paling best ada orang bermurah hati belanja pizza. Yumm~! Memang full gile makan pizza, lasagna, garlic bread, mushroom soup dengan mocha frappe. Puas hati sangat especially mocha frappe tuh, memang lazzat sangat sampai ke sedutan terakhir. Hihih..

Lepas makan apa lagi jalan-jalan pusing-pusing shopping barang keperluan. Rasa seronok sangat sebab semua nampak enjoy, takde yang buat muka & muncung macam itik kuwek kuwek. Ngeh ngeh.. Understand & respect each other, that's the most important thing! Love you ols. May our friendship last forever. Aamiiin...

Ok now it's time for piccas! Let's scroll down bebeh~

*Ignore the eye bags! Tido around 4 a.m & bangun 6.30 a.m, what else do you expect? Erghh...

Pretty girls everywhere
Happy faces
Aumm~
Oh the mocca frappes!
OMG!
Whose eyes are bigger? *lol*

Dec 21, 2011

Seafood FTW!

Seafood yeahh! Eh lupa, assalamualaikum & salam sejahtera. =)

Nak cite pengalaman paling best setakat sebulan dok JB nih. Last weekend tgh kebusanan & kebuluran kat rumah, kakak call. Katanya dia sekeluarga bersama in-laws ada kt JB & nak datang amek BB bawak pegi jenjalan. Wahhh what a good news! Apa lagi terus bersiap ala kadar & menanti penuh sabar.

Beberapa minit kemudian diorang sampai, 2 buah kete. Vroom kereta meluncur laju menuju Jusco Tebrau. Cehh macam novel lah pulak. Pfft.. Best gile JJ Tebrau, besau weh & ramai sangat orang. *Jakun jap* Walaupun tak shopping pape tapi seronok dapat spend time dgn putera puteri kesayangan yg nakal. Dah puas pusing & diorang pun dah habis shopping, terus cari port best untuk isi perut.

Sampai je ke destinasi yg dituju i.e Selera Senibong Seafood (SSS), memang teruja sebab ramai orang & nampak meriah & yg paling penting tak sabar nak menjamu seafood! Tempat tu memang cantik sangat, 'terapung' atas air & boleh nampak Singapore tapi sayang tak snap gambar. Kalau nak tengok sila rujuk Incik Google eh. Hee..

Ktorg order nasi putih, sup ayam, ketam sambal, ayam masak merah, sotong kicap (kot), ikan besau (taktau ikan ape ;p) masak merah ke 3 rasa ke tak sure, sayur kailan, sambal mangga (kot) & limau ais. Sorry lah BB tak sure sangat apa yg dimakan sebab tak dengar pun time diorang order, tau je dah sampai & sumbat je sume dalam perut. Overall ok la, nak kata sedap sangat tu tak la. Tapi dengar diorg cakap agak mahal. Ktorg 10 orang dewasa, 4 kanak-kanak, total almost RM400. Maybe sebab ramai Singaporean pegi sana so harga pun ikut harga Singapore. Hihih..

Ok itu aje nak share. Looking forward to exploring more interesting places & things to go & do in JB! Daa~ ;)

Dec 20, 2011

Yeayay yuhuuu~!!

YeahooOoOOoooO alhamdulillah akhirnya hidup sedikit ceria dgn adanya internet kt rumah. Try P1 pulak sebab tak payah pasang tepon & senang dibawa kemana jua. Just plug & play. Hee iklan tak berbayar jap. ;p

Baru sebulan duk JB tp rasa macam sedekad dah. Sape punya idea la buat praktikal setahun ni. Isk... Sape cakap praktikal tu best sila jangan baca entry ni. Hee... Serius stressed wey praktikal! Ada orang cakap, "Alaa tu baru praktikal, nanti keje lg teruk". Hmm well I don't think so sebab bila dah keje kita rasa lebih bertanggung jawab untuk buat keje kita PLUS we are PAID!! $_$

Ditambah pulak dengan sikap tak profesional kebanyakan staf, memang takde apa yg menyeronokkan. Nak pegi 'keje' pun takde semangat apa lagi nak belajar. Yela, tanya pun jawab nak taknak, silap haribulan kena marah lagi. Yg menyampahnya tu, pegawai ok je, pembantu yg over. Hmm manusia....manusia......

Apapun akan ku terus menghitung hari dengan sabar sehingga Oktober 2012, then kembali jadi student yeayy!! And hopefully I'll be a pharmacist so I don't have to feel the way I do now. Semoga dipermudahkan, aamiiiin....

Nov 16, 2011

C'est la vie!

Alhamdulillah syukur sangat after more than 3 weeks, I finally heard from him. Walaupun dapat chat kejaaaap je it meant a lot to me. Only God knows how much I miss him & I'm thankful that he's doing well. Can't wait to talk to him, there's so much I wanna tell him. http://matcuoi.com

Ok itu part gembira. Part sedihnya pulak lagi sehari je nak meninggalkan rumahku syurgaku. This Friday I'll be heading to Senawang & maybe Saturday or Sunday I'll be in Johor Bharu untuk memulakan praktikal selama setahun. Duhh hopefully it will treat us well as Melaka did. I really wish we can do it in Melaka tapi apa boleh buat. http://matcuoi.com

Only few days left tapi rumah sewa belum ada. I can't imagine how it's gonna be on the first week. I really hope the house is good & not too far away from the hospital where we're gonna have our practical. The most important thing is to ensure that we don't have problems getting to the hospital on the first day.

Seriously there's too much on my mind. I'm worried about the house, the practical, the surrounding, the people etc. I keep praying that everything will be good & easy.

After a 1-month-plus break babysitting my nephews, Adam & Aryan, I'm sure I'll be missing them so much that I wish we'll have breaks like we used to. Hwaaaa seriously I hate the new life I'll be going thru..!! I can imagine how bad it will be. We'll be in the hospital the whole day & come home late evening & go to bed very early & wake up early morning & spend the whole tiring day in the hospital again bla bla bla.. Oh what a boring life!

Well, c'est la vie! That's life, baby! Get up & be strong! We're gonna have fun!

My heroes

Nov 7, 2011

Raya dengan ustaz cilik


Alhamdulillah sekali lagi diberi peluang untuk menyambut Eidul Adha. Rasanya tahun ni raya qurban lagi seronok dari raya puasa sebab dapat beraya dengan the 'Cilik Bros', Adam & Aryan. Takdela bosan macam raya puasa aritu. Huu.. Asalnya banyak nak cite tapi malas pulak, letak gambar jelah.
Ustaz Adam & Ustaz Aryan in action
Pejam celik pejam celik dah setaun rupanya bersama Si Tujuh i.e my Nokia C7 that I love so much because dot dot dot... ;p

And HAPPY BIRTHDAY to my lovely niece, Iman Shahirah binti Shaharin Hafiz a.k.a Kakak!

Nov 4, 2011

Mimpi tak seindah realiti


Assalamualaikum & salam Jumaat! 

Wahh hati berbunga² nih. Yelah realiti rupanya tak seburuk mimpi. Heheh.. Menda la BB merepek ni kan? Hihih sebenarnya tadi baru double check result exam. Sebelum ni memang takut sangat sebab rasa sem ni yang paling teruk sehinggakan for the first time, habis je 1 paper BB buang paper tu so takde lah kertas soalan yang disimpan. Memang sangat yakin sem ni paling teruk sampai rasa nak nangis sepanjang exam aritu. But miracles do happen kan?

Malam tadi tengah tido tiba² bunyi email masuk kat henpon. Dah agak dah mesti email dari UiTM nih. Ingat taknak bukak, nak check pagi ni je tapi dah curious sangat so bukak jugaklah. Macam tak percaya je bila tengok result tuh sampai tak boleh nak tido lepas tu. Aiyooo... Walaupun macam tak percaya tapi tetap bersyukur tak henti. 

Pagi ni risau lak rasa takut yang malam tadi sebenarnya mimpi je. Lepas solat Subuh terus bukak portal tapi takde lagi so bukak email & memang email malam tadi tu bukan mimpi. Hehe.. Alhamdulillah when I thought it was the worst semester, it was actually the best. What?!! 

Apapun memang syukur sangat sebab once again I make my parents happy & yang paling penting my CGPA dah melepasi syarat 3.80 untuk meneruskan pengajian ke peringkat selanjutnya. Hopefully syarat tu tak diubah & takde lagi syarat tambahan yang boleh disqualify me. Huu...

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA!

Jum balik kampung!

Oct 29, 2011

Rindu saat itu...


Malam tadi sume mimpi best². Antaranya mimpi kembali ke Tasmania, Australia. Tak tergambar perasaan tu, rasa seronokkk sangat. Rindu sangat Tassie, sebuah pulau yang cantik, bersih, tenang & best lah. Hari tu ada masuk dalam paper tentang kebersihan udara di Tasmania. Memang sangat tepat, udara kat sana memang sangat fresh selain keindahan pemandangan yang dikelilingi oleh lautan biru yang cantik.

I remember one day I took the wrong bus tapi sebab kebanyakan bas akan stop kat city in the end so it doesn't really matter tapi mula² tu cuak jugaklah, dahla sorang². Tapi ketakutan tu hilang & rasa seronok lak tersalah naik bas sebab sepanjang perjalanan nampak laut je, pemandangan yang sangat cantik. Rasa tak puas pulak. Hihih..

I really wish to be there again someday but not for a long period. For honeymoon perhaps? Pfft berangan.http://matcuoi.com

Ok now let's enjoy the great view of Tasmania!


Hopefully malam ni dapat mimpi best lagi & may all the sweet dreams come true someday!

*Bila tengok balik gambar² lama, sebak lak rasa especially bila tengok gambar masa awal² pijak bumi Tassie dulu. The sweetest memory ever.

Oct 28, 2011

JOM JOIN KEMPEN TINGKATKAN JUMLAH FOLLOWERS



Dah lama tak join any segmen/contest/GA. Memandangkan sekarang takde idea nak conteng apa kat blog nih, apa kata kita isi masa terluang dengan join segmen a.k.a kempen nih. Jom jom jom pakat join, pakat ziarah & pakat follow!

Jika berminat, sila klik banner di atas okie.

Adios~

Oct 27, 2011

Selamat Ulang Tahun Sayang


Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita-citamu
Harap nanti kita kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu

Tomorrow is your birthday and I'm not there to celebrate it with you. To make it worse, I can't even reach you by calls/messages. I keep praying that you're doing well there and may everything treat you right. Even though it always fails, I keep sending you SMS before I go to sleep. 

Anyway,
SELAMAT ULANG TAHUN SAYANG

I'm waiting for you. I'm longing for your voice, jokes, laugh etc.

Oct 26, 2011

Fuhh~!


Yeayy yeayy yeayy berjaya update blog! Pandai jugak aku. Ngeee~
Cantik tak cantik tak cantik tak? ;p

Lebih sejuk mata memandang & hopefully lebih ringan. Hee..

Happy Diwali kepada semua yang menyambutnya!

Oct 25, 2011

Now & Forever


NOW AND FOREVER
RICHARD MARX


Whenever I'm weary
From the battles that rage in my head
You make sense of madness
When my sanity hangs by a thread

I lose my way, but still you
Seem to understand
Now and forever
I will be your man

Sometimes I just hold you
Too caught up in me to see
I'm holding a fortune
That Heaven has given to me

I'll try to show you
Each and every way I can
Now and forever
I will be your man

Now I can rest my worries
And always be sure
That I won't be alone, anymore
If I'd only known you were there
All the time
All this time

Until the day the ocean
Doesn't touch the sand
Now and forever
I will be your man
Now and forever
I will be your man

Mode: Missing you

Oct 23, 2011

Soal Agama | Zihar


Assalamualaikum...


Hmm korang tau tak apa itu 'zihar'? Sebenarnya BB baru terbaca a few days ago tentang zihar ni. Honestly sebelum ni BB tak penah tau & tak penah dengar pun 'zihar' ni. Jahilnya diriku. Penting bagi semua umat Islam tau & faham apa itu zihar especially kepada yang dah berumahtangga. Mungkin ada dalam kursus kawen, BB taktaulah sebab belum penah pegi kursus kawen lagi. Hee..


Zihar bermaksud "suami menyamakan isterinya dengan ibunya atau seseorang yang haram dikahwini". BB rasa BB tak layak nak membincangkan soal ni, jadi untuk keterangan lanjut sila rajinkan diri buat research atau bertanya pada yang berilmu.


Cuma BB harap kita semua tau lah apa itu zihar sebab kalau jatuh hukum zihar, haram bagi suami isteri itu bersetubuh. Kalau kurang pengetahuan takut nanti jadi zina pulak. 


Contoh:


"Muka Ayang ni saling tak tumpah macam muka ibu abang."


"Bang, betul ke rupa saya ni macam rupa anak kita?"
"Ya."


"Jari awak yang runcing ni saling tak tumpah macam jari mak abang tu."


Kifarah mengikut keutamaan bila jatuh hukum zihar:


1) Membebaskan (memerdekakan) seorang hamba Muslim.
2) Berpuasa 2 bulan berturut-turut.
3) Memberi makan 60 orang miskin dengan secupak beras setiap seorang atau  dinilaikan harga makanan tersebut.


Kepada yang kurang pengetahuan atau langsung taktau pasal zihar ni, silalah rujuk pada yang pakar. Benda ni nampak remeh tapi implikasinya sangat besar so jangan ambil mudah oke! ;D


"Belum jatuh zihar kalau baru terdetik di hati kerana syarat zihar itu dengan berlafaz. Jadi sebagai suami kenalah berhati-hati bila melihat tubuh isteri. Sekiranya ada yang serupa dengan ibunya atau ibu saudaranya atau dengan anak perempuannya mahupun lain-lain muhram suami, jangan sekali-kali dilafazkan dengan mulut."


Sumber:
Halaqah.net
Teratak Ilmiah

Jangan Menyerah


Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Kita pasti pernah
Dapatkan cobaan yang berat
Seakan hidup ini
Tak ada artinya lagi

Syukuri apa yang ada
Hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini
Melakukan yang terbaik

Tuhan pasti kan menunjukkan
Kebesaran dan kuasa-Nya
Bagi hamba-Nya yang sabar
Dan tak kenal putus asa

Jangan menyerah

Thanks to Mr Chimpunk for dedicating this song, it means a lot to me. I'll never give up and will stay strong!

Oct 18, 2011

SICK!



Assalamualaikum...


One word for today - SICK! As you know, 'sick' may refer to a few different meanings but here I am referring to 2 of them; 1 is feeling unwell and 2 is getting bored with something. 


Oh gosh if only you have the disease called hay fever or allergic rhinitis (scientific name) - also called resdung in Malay - you'll know how it makes you suffer. I'd say it is killing me inside, I have runny nose almost every day and it is totally different from the normal runny nose. It is watery and hurts so much that I feel like sleeping the whole day. And now I've had itchy eyes and nose for like 1 week. If you feel cold is uncomfortable, this 'unusual' runny nose is far more than that and it is disappointing to realize that nothing much you can do. 


A few months ago I've started on Cetirizine (anti-histamine). It is useful to temporarily stop the symptoms but it only lasts for 1 day and the symptoms may come again the next day. Annoying enough? I've actually tried quite a few alternatives including traditional treatment but none of them worked on me. However I feel so grateful to have a caring father, who never gives up to find a cure. For the time being, I'll just continue with Cetirizine and I've just asked Papa to stock up.


Ok the 2nd 'sick' is that I'm getting bored with FB! *lol* I'm mad at myself for being stuck with that crap. And now I'm restraining myself from opening it. If you see the green 'light' which indicates that I'm online, it may only be for the chat as I use the wonderful Nimbuzz application. Look for yourself if you wanna know more. ;p I'll only open it when necessary especially when there's a notification on the FB Extension that requires my attention. Hehe I wish I'll really do it. =.=


Ok now I'm feeling so sick that I need to go to sleep wishing for a healthier me tomorrow. Aamiiiin...


*Forgive me Allah when I whine. Despite the discomfort and pain I'm suffering, I'm thankful for this minor test. Give me the strength so that I'll never whine again. Forgive me Allah...

Oct 15, 2011

RESULT?!! Oh tidak~!


Aduyaiii dahla mood dah tak berapa ok, ditambah pulak dengan khabar berita bahawasanya result final exam akan keluar 4 November ni. 6hb raya, kakak 1 family dari Senawang akan balik. Nampak gayanya pas raya la baru cek result. Hopefully everything will be fine, just like the previous exams or even better (oh that sounds impossible). T_T
Tetibe terusha FB UiTM Puncak Alam lalu teruja untuk ke sana. Cantik, yelah baru kan walaupun khabarnya tak banyak kemudahan around that area, I'm not sure though. Bilik hostel pun not bad + ada kabel internet & menurut admin, internet lajuuuu. Tapii... Mungkinkah diriku akan berada di hostel itu atau di rumah bersama suami? Ehemm... *gatal* Papepun hopefully perancangan Allah sama dengan perancanganku & semoga semua berjalan lancar, insyaAllah. Ya Allah, Kau permudahkanlah laluanku. Aamiiiin...

Oct 10, 2011

Oh lah cuti~


Hai kawan-kawan~


Fuhh cuti sem baru seminggu tapi dah mula terasa kebusanan tahap chimpanzee. Hadoii tulunlah.. Masa blaja rasa nak cuti, time cuti rasa nak balik kolej. Memang dasar manusia, tak pernah puas hati. Isk tp seriously bosan gile kot cuti. Kalaulah diberi pilihan, I'd rather choose short but frequent breaks than long but seldom. 


Kat rumah ni ada Ma, Papa, adik, abg & wife tapi kalau weekdays tinggal la adik & kakak ipar je. Tapi alhamdulillah ada anak buah 2 orang, Adam & Aryan datang everyday. Selalu diorang akan dihantar ke rumah babysitter diorg tapi setiap kali BB cuti BB mintak untuk jaga diorg sebab BB sgt sukakan budak-budak, lagipun bosan kat rumah.


Setiap kali cuti mesti menghitung hari tak saba tunggu weekend. Weekend kurangla sket bosan sebab Ma, Papa & abang ada. Hmm kenapa la weekend 2 hari je, kalau 5 hari kan bagus, hari-hari lagi bagus. T_T


Tapi dalam kebusanan terselit juga kerisauan. Kerisauan menanti result exam + kerisauan tentang kehidupan baru di JB nanti selama setahun utk praktikal. Isk.. Tak sanggup rasanya nak lalui hidup macam orang yg dh bekerja. Pegi pagi, balik lewat petang. Malam tido. Hari-hari rutin camtu kecuali weekend. Cuti pun takde, tak macam masa belajar. Sehari ada berapa kelas je, kekadang langsung takde. Bole keluar jenjalan, shopping, tengok muvi etc.. Cuti pun banyak compared to keje. Hwaaaa tak sanggup tak sanggup!! Nak belajar je taknak keje tapi nak gaji, bole tak? Isk..


Ok merapu. Daa~



Oct 9, 2011

Teka-teki Imam Ghazali


Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya:

Imam Ghazali: "Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?"

Murid 1: "Orang tua"
Murid 2: "Guru"
Murid 3: "Teman"
Murid 4: "Kaum kerabat"

Imam Ghazali: "Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran: 185)."

Imam Ghazali: "Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?"

Murid 1: "Negeri Cina"
Murid 2: "Bulan"
Murid 3: "Matahari"
Murid 4: "Bintang-bintang"

Iman Ghazali: "Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun keadaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama."

Imam Ghazali: "Apa yang paling besar di dunia ini?"

Murid 1: "Gunung"
Murid 2: "Matahari"
Murid 3: "Bumi"

Imam Ghazali: "Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

IMAM GHAZALI: "Apa yang paling berat di dunia?"

Murid 1: "Baja"
Murid 2: "Besi"
Murid 3: "Gajah"

Imam Ghazali: "Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."

Imam Ghazali: "Apa yang paling ringan di dunia ini?"

Murid 1: "Kapas"
Murid 2: "Angin"
Murid 3: "Debu"
Murid 4: "Daun-daun"

Imam Ghazali: "Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat."

Imam Ghazali: "Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?"

Murid-murid dengan serentak menjawab, "Pedang."

Imam Ghazali: "Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri."

Wallahualam...

Source: FB Note

Oct 6, 2011

Hari Hari Terakhir~


AMARAN: Entry ini mengandungi banyak gambar! =D

Hola! Salam semua.. BB dh kat rumah! Sedihnya rasa nak tinggalkan Melaka yang penuh memori. Jom BB cite kenangan hari-hari terakhir ktorg kt Melaka.

Jumaat 30/9/2011
Abes exam 11.30 a.m then ada briefing jap pasal praktikal, petang kua tengok movie cite Dream House, best gak cite tu sebab very unexpected. Dah abes tengok muvi pusing Melaka Mall sampai pening. Hee.. Malam balik dgn gumbiranya.

Sabtu 1/10/2011
Keluar lagi, photoshoot kt A Famosa then pegi Dataran Pahlawan, Mahkota Parade & sekitarnya. Main bowling, karaoke & jenjalan. Sampai tengah malam, hujan lebat. Alhamdulillah ada teksi. Pukul 2 a.m sampai hostel. Ngee~






Bowling time!


Ahad - Isnin 2-3/10/2011
It was the best day! Ktorg buat keje gile yg menyeronokkan! Hihi ktorg sewa kete pegi A Famosa Water World, main air sampai pening lalat. Hihi.. Dalam pukul 6 p.m kot sampai hostel & rehat jap. Dalam pukul 9.30-10 p.m gerak ke rumah classmate makan-makan, borak-borak and so on then pukul 12 lebih gerak ke city. Plan asal nak tengok late night muvi tapi sebab macam dah lewat & sume pun dah penat & berpotensi utk tido dalam cinema so tuka plan, jalan sambil berphotoshoot around the city sampai pukul 3 a.m then pegi minum & makan roti canai di sebuah kedai yg tak dapat dipastikan namanya before ke surau sebab ada yang keluar awal tak sempat solat Isyak.









Selesai solat Isyak terus gerak ke Pantai Puteri, nak tengok sunrise kununnye. Rupanya sunrise bukan belah pantai. Isk takpelah posing lah jugak kan. Heheh.. Dah puas posing balik hostel, breakfast sambil tunggu toke datang amek kete then balik hostel tidooo... Yes! We didn't sleep the whole day & nite! Hihih kesian driver a.k.a our Tiong Man, org lain at least dapat gak curik curik tido dalam kete, Incik Tiong Man lgsg tak dapat ngelat. We are all proud of you! *wink wink*

Then petang pegi port peberet ktorg, Mydin MITC! Makan, jenjalan & karok. The best thing about Mydin yg buat ktorg rasa berat hati sgt nk tinggal adalah kerana tudung-tudungnya yg very up-to-date & harga berpatutan. Duk Melaka 2 tahun, bertimbun koleksi tudung ktorg. Hihihi... Balik dalam pukul 11 p.m kot then tido dgn lenanya.






Selasa 4/10/2011
Sorang demi sorang balik kampung, tinggal lah ktorg 7 orang je. Jalan kaki sama-sama ke another peberet port ktorg, Tasik Ayer Keroh. Lunch kat sana utk terakhir kali. Then balik pack barang, lebih kurang pukul 6 p.m gerak ke Melaka Sentral. Pukul 8 p.m bas gerak. Babai Melaka~

Rabu 5/10/2011
Alhamdulillah selamat tiba di kampung halaman. Bukak FB macam-macam post yg memilukan hati dari classmates. Till we meet again for more fun stories, kids! ;)


Sep 30, 2011

Bye Melaka penuh sejarah~



Woot woot salam kepada pembaca kalau ada. Hehe BB baru abes exam OYEAAHH I feel good~ Walaupun soalan semua susah tahap apa ntah (pdhal study tak cukup) + kesihatan yg tak menentu tapi alhamdulillah semua dah lepas, tawakal jelah dgn apa yg bakal dapat nanti. Next sem dah start praktikal kat JB selama setahun, nebesnya... Hopefully semua berjalan lancar, I'll be missing Melaka. *sobsob*


Ok masa utk enjoy!! Layan gamess yg pelbagai then kua jenjalan, lepak dulu 2-3 hari sebelum balik kampung. Nanti mungkin tak datang Melaka lagi dah. *sobsob* Melaka best serius tak tipu. Happening & banyak tempat utk dikunjungi. I love Melaka! Kalau semua YB macam Dato' Ali Rustam kan best. ;)


Ok dah papai~


P/S: Once again kpd yg sudi follow thanx a bunch, nanti BB balik kampung BB follow balik setakat termampu oke (ceh macam byk nor je =.=). Anyway thanx again, lapiu ols~! Ok telebih sudah~

Sep 10, 2011

Oh my love~!


Tetibe rasa nak update belog sbb terover hepi. Hihih.. Amaran! Entry ini mungkin mengandungi kandungan romantis yg boleh mengundang nausea di kalangan pembaca. ;p


This week was deng stressful with lots of work & tests & I really wished Mr Chipmunk would come to see me. I knew we do have chemistry hehe. Dia datang! Memula dia cakap baru kua nak pegi jalan-jalan. Bila tanya pegi mana, dia cakap kawan dia buat open house. Ok I was invited too but couldn't make it. But then he told me that he wasn't going, he was going to see his sweetheart in Melaka. Oh gosh I was like YEAYYY!!


Macam biasa lah, taktau nak pegi mana. Plan asal nak ke JJ AEON tapi tersesat sampai ke Dataran Pahlawan (DP) pulak so layan jelah, tengok muvi cite Contagion yg tak best huu then pusing dalam Hatten Square & DP sampai sesat dalam tu cari tempat makan. Tengok map pun sesat aiyooo salah orang yg buat map! Hahaha... Lastly kami decided untuk makan kt luar je. So makan kt sebuah restoran yg tak pasti namanya & I don't care, yg penting makanan & minuman memuaskan mulut & perut. Ngee kami makan nasi putih + ikan siakap 3 rasa + tomyam campur + sotong masak merah + kangkung goreng & minum nescafe ais + jus tembikai & tapau sate for my housemates.


Walaupun Mr Chipmunk berkemungkinan besar tak bukak pun my blog nih tp nak ucap terima kasih gak kt sini for ur time, driving from & back to KL just to see me. I really appreciate it. And also for the Samsung earphones & telekung from Indonesia & the meal. And the biggest thanks for your love & care. I am really really grateful to have you, you mean the world to me! ;)
You are the best!


Sep 8, 2011

Set me free!!


Woot woot salam kepada sesiapa yg membaca kalau ada. ;p


BB nak mintak ampun & maaf kepada sesiapa yg mengunjungi blog BB especially for those yg follow, thanx a lot tp buat masa sekarang BB tak dapat nak bw + follow balik sebab final exam lg 1 week plus + internet kt rumah takde hwaaaa...!! Lepas exam BB jalan-jalan blog korg oke! 


For those yg akan menduduki exam macam BB, gudlak! We can do it! And we'll be free like birds! Hee telebey sudah.. Takotnye nak praktikal next sem selama setaun. Oke bai~ ;D



Sep 2, 2011

Raya tahun ni best ke?

Assalamualaikum semua.. Fuhh dah lama tak hapdet belog nih. 2 hari sebelum raya BB balik kampung, raya pertama baru balik beraya kat rumah. Busy lah kununnya beraya ke sana sini. Raya tahun ni rasa kurang best sket lah sebab kakak & abang-abang semua beraya di rumah mertua diorg so BB & adik je yang balik kampung. Memang bosan sangat. *sobsob* Sepupu sepapat ramai tapi semua kecik lagi. Masa kat kampung tu rasa tak sabar nak balik rumah. Huu...

Raya kat rumah best sebab abang sekeluarga ada, dapat main ngan anak buah memang best sangat. Abang yang baru kawen bulan 6 aritu pun tengah tunggu kelahiran baby pertama bulan 3 ni, tak sabar rasanya. Seronok ada anak buah, macam anak sendiri. Ngee~

Semalam buat open house, Mr Chipmunk datang yeayy!! Lama gak la dia & membe lepak sebab tunggu lagi sorg membe tak kunjung tiba. Heheh then ktorg pegi shopping kat Pengkalan Kubor meredah terik mentari. Hukhuk.. Ramai betol orang.

Hari ni sunyi sepi. Pagi tadi Ma, Papa & abang sekeluarga pegi Kuantan ada kenduri kat sana. BB tak ikot sebab nanti dah nak balik Melaka. BB ingatkan bas 3hb tapi rupanya kawan BB cakap 4hb. Hwaaa kalau tak BB ikot diorg pegi Kuantan tadi. Hwaa hwaaa hwaaaa.... Takpelah nak wat cane kan.... *sobsob* Ok nak nanges jap. Daa~
Raya @ kampung
Raya di rumah pakcik
(Bersama pakcik sekeluarga)
Masih mengantok -.-

Aug 28, 2011

Law Ka Na Bainana

Salam semua. Sahur tak? Hehe biasanya ramai yang awal-awal je semangat bangun sahur, penghujung ni semua dah liat nak bangun. Kenapa ek? Jawab sendiri. http://matcuoi.com


Tadi lepas sahur sementara tunggu Subuh, abang BB bukak TV tengok bola then dia tukar channel. Bukak TV Alhijrah. Rasanya ni first time kot BB tgk Alhijrah, almaklumlah duk hostel katakan. Malas nak pegi bilik TV walaupun ada Astro dengan aircond bagai. Lepas habis rancangan Ihya' Ramadhan, ada 1 lagu Arab best sangat so BB layan jela sebelum tukar channel. Tup tup rupanya lagu tu lagu tema untuk rancangan Law Ka Na Bainana. http://matcuoi.com Memula tengok kat info memang no idea lah rancangan apa sebab tak belajar bahasa Arab. Isk..


Alhamdulillah tergerak hati untuk stay kt channel tu. Memang rancangan tu sangat best sampai taknak berganjak dari depan TV. Serius. Kepada sesiapa yg belum pernah dengar atau tengok, rancangan tu sebenarnya rancangan realiti dakwah kt negara Arab yang bertujuan mendidik masyarakat Arab mencontohi akhlak Rasulullah s.a.w.


BB sangat kagum dengan diorg dari segi penghayatan Islam diorg. Bila hos sebut 'Rasulullah' je diorg memang akan berselawat dengan kuat (tak macam kita, selawat dalam hati kononnya). And rancangan tu memang berjaya buat BB rasa nak nangis, bergenang dah tapi control sebab abang ada. http://matcuoi.com Masa tu hos tu tanya seorang hamba Allah ni, apa yang dia akan cakap kalau Rasulullah s.a.w ada kat depan dia masa tu. Orang tu macam tergamam & dia cakap dia akan cium tangan & kaki Rasulullah then dia menangis. BB masa tu pun membayangkan benda sama & memang rasa nak nangis. http://matcuoi.com


Lagi 1 situasi, kt sebuah kedai ada sorang budak lelaki datang nak beli something la tapi masa tu ada orang tua datang & si penjual tadi mendahulukan orang tua tu. Budak tu tak puas hati then hos & budak tu pegi jumpa penjual tu & terangkan la pada penjual tu. Dalam situasi tu sebenarnya nak bagitau betapa Rasulullah s.a.w kasihkan kanak-kanak & tak suka orang yang menzalimi kanak-kanak tapi yg buat BB sebak tu bila hos tu tanya penjual tu apa dia akan buat kalau Rasulullah s.a.w ada kat depan dia. Penjual tu cakap dia akan tinggalkan semua kerja & segera bersolat sebab dia kata dia tak pernah solat. Masa tu nampak kekesalan di wajah penjual tu then hos tu bagi sebuah buku kt penjual tu.


Another situation, hos sendiri menangis bila dia menceritakan kisah Rasulullah s.a.w kepada seorang hamba Allah dalam masjid. Kisah tu tentang betapa Rasulullah s.a.w sedih & kecewa bila tengok ada kesan ludah pada dinding masjid lalu datang seorang wanita membersihkan kotoran tu & diletakkan wangian kat situ & Rasulullah s.a.w berkata maksudnya, "Alangkah cantiknya." Masa tu hos melawat sebuah masjid yang memang sangat cantik & moden, 5 bintang punya masjid. Hos tu bgtau org tu kalau Rasulullah s.a.w masih ada, tentu Baginda akan berkata, "Alangkah cantiknya."


BB rasa rancangan tu sangat memberikan kesan tapi kalau nak buat kt negara kita ni memang agak payah kot tapi tak mustahil. Kalau korang belum tengok, boleh search je kt YouTube oke. Sama-sama kita amek iktibar & perbaiki diri insyaAllah. http://matcuoi.com

Untuk full video lagu tema klik sini. Kualiti video tak berapa bagus tapi tu je video full yg BB jumpa. Sound ok by the way.


Untuk download MP3 klik sini. First time upload MP3, kalau tak jadi bgtau eh. =.=

30 Hari Mencari Cinta #27 | Omnomnom



Sahur Tak ingat bole tak? =.=
Berbuka Home-made nasi kerabu + Ayam, daging & ikan pari bakar + Murtabak + Karipap


Alhamdulillah dah sempurna hari ke-27. Tinggal 3 hari je lagi sebelum Ramadhan meninggalkan kita. Semoga segala amal ibadat kita sepanjang bulan Ramadhan ni diterima Allah & semoga Ramadhan kali ni tak berlalu dgn sia-sia. Walaupun sikit, harap ada perubahan positif dalam diri kita insyaAllah.


Hari ni another hepi yippie day sebab dapat makan nasi kerabu Ma buat, memang terbaeekk.. Plus abang 1 family datang berbuka sama lagi, memang meriah dengan kehadiran budak comel 2 orang tuh. Hihih.. Alhamdulillah syukur tak terhingga dikurniakan keluarga yang bahagia + rezeki yg melimpah ruah. A happy family is worth much more than billions of penny. 

Aug 27, 2011

30 Hari Mencari Cinta #26 | Syukur



Sahur Nasi putih + Sotong rebus/singgang + Ayam percik + Nescafe panas
Berbuka Home-made nasi ayam + Somtam + Kerang rebus + Murtabak + Popia kering & basah + Kuih akok + Buah tanjung + Tembikai + Air tebu + Teh ais


Alhamdulillah dikurniakan rezeki melimpah ruah + 1 big family berkumpul, memang seronok sangat. Dapat menikmati nasi ayam hasil air tangan Ma, memang the best in the world lah! Ditambah dengan gelagat si comel Adam yang tak henti berceloteh & Aryan yang tak dok diam memang menghiburkan hati. Tak sabar nak ada anak sendiri. Lalala~ http://matcuoi.com


Tak sabar nak tengok baju raya yang dijangka siap esok. Lusa nak balik kampung dah. Macam biasa, sehari or 2 hari sebelum raya balik kampung then petang raya pertama balik rumah. Dulu masa arwah atok & nenek belah ayah masih ada, 2 hari raya kat kampung then raya kedua baru balik rumah. Hmm semoga arwah atok & nenek bahagia di sana. Aamiiiin... http://matcuoi.com


So mungkin ni entry terakhir sebelum raya. Dalam kesibukan & keseronokan membuat persiapan raya, jangan abaikan keistimewaan bulan Ramadhan. Manfaatkan sepenuhnya hingga ke penghujung oke, rajinkan & kuatkan diri untuk bangun malam & solat sunat. Mintak apa yang nak mintak, insyaAllah dimakbulkan especially ampun. Semoga dengan berkat bulan yang mulia ni, taubat kita diterima Allah & mulakan hidup baru yang lebih baik dari yang sebelumnya, insyaAllah. 


Seingat BB seorang Ustaz pernah cakap, maksud Eidulfitri tu sendiri adalah kembali kepada fitrah. Fitrah kita suci kan, macam kain putih so janganlah kita kotorkan balik sesudah kita menyucikan. http://matcuoi.com InsyaAllah sama-sama berusaha yang terbaik. 


Selamat Hari Raya Aidilfitri to all. Mintak ampun & maaf atas segala salah & silap. http://matcuoi.com  

Terima kasih ya Allah kerana mengurniakan kami kesihatan & umur yang panjang untuk kami sempurnakan ibadah di bulan yang mulia ini. Semoga kami diberi kesempatan untuk bertemu lagi bulan yang penuh rahmat ini. Aamiiin...